Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



al-Fatihah......

Hari ni masa aku tengah cari CD installer aku terjumpe sekeping CD yang dh lama aku x buke...

Bile aku buka CD tu aku terjumpa gambar ni....
Gambar ni di ambil di Taman Mini Asean, Air Keroh Melaka... masa tu Asrama SMK Purun (sekolah pertama aku ditempatkan) mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tersenyum sendirian bile mengenangkan waktu tu...

Aku berposing dengan antara sahabat baik aku waktu, Nasa (Nasaruddin Abd Aziz).. namun kini ia hanya tinggal memori... sedih mengenangkan nasib menimpa nasa. Beliau telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya yang ngeri sekaligus meragut nyawa isterinya yang mengadung 3 bulan, anak lelakinya yang berusia 10 bulan, ibu mertua serta adik ipar. Kemalangan tersebut berlaku di Maran, Pahang. Apa yang paling aku terkilan, belum pun sempat aku bertemu dengan anak sulung dia, Allah telah mengambil nyawanya.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh mereka semoga mereka tenang 'disana'. AL_FATIHAH

Menurut berita dan sumber yang aku baca.... kemalangan ini berpunca dari masalah teknikal lori yang membawa muatan tong gas kosong dimana lori berkenaan tidak dapat dikawal lalu terbabas ke lorong bertentangan serta menghempap dan mengheret kereta Perodua Kenari yang dipandu oleh nasa sejauh 80 meter.... namun cerita sebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang tahu... menurut cerita yang ditulis di akhbar2... mayat-mayat mereka hancur berkecai....

Di sini ingin aku meluahkan perasaan yang terbuku... jika diperhatikan kebanyakan kemalangan kemalangan ngeri adalah melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas.... dan sebagai seorang pemandu memang tidak dinafikan kebiadapan sebahagian pemandu lori dan bas (tidak semua) sewaktu berada di atas jalanraya. Kepada pemandu kenderaan berat... sedarlah bahawa apa yang anda bawa umpama bom yang mampu membunuh orang lain... ingatlah, mereka juga mempunyai orang yang mereka sayang serta yang amat menyayangi mereka... Nyawa manusia tiada gantinya....

Di sini aku ingin menyatakan pendapat mengenai kemalangan jalanraya di Malaysia... (ini hanyalah pendapat peribadi)... Kerjaan selalu menyalahkan sikap pemandu ketika berada di jalanraya... namun terfikirkah kita kenapa masih banyak lagi kemalangan berlaku walhal sedah banyak kempen jalanraya dilancarkan... adakah rakyat Malaysia ini terlalu degil dan dangkal akalnya sehingga tidak langsung menghargai nyawa sendiri... Aku rasa salah satu penyebab utama selain dari sikap pemandu adalah keadaan jalanraya itu sendiri... sempit, berselekoh, berlubang serta kualiti jalan yang tidak memuaskan.... jika nak dibandingkan kemalangan banyak berlaku di jalan-jalan persekutuan berbanding lebuhraya... inilah penyebab utama sebenarnya... aku selalu berulang alik dari muadzam shah ke LCCT untuk mengambil isteri apabila cuti... memang tidak dinafikan perkara ini... sepanjang jalan adalah mempunyai ciri-ciri yang aku nytakan di atas.... bukit putus contohnya..... mungkin agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikatnya.... aku bukan nak menyalahkan kerajaan 100% tetapi hanya mahu meluahkan pendapat selaku rakyat yang berpijak di atas bumi ini.... tepuk dada tanya selera...
sekian...




Tuesday, August 18, 2009

PERMATA HATI



Muhammad Alif yang baru belajar nak bertatih... Tak tergambar rasanye kegembiraan seorang ayah yang melihat anaknya membesar dengan baik. Setiap perubahan alif aku lalui. Agaknya macam ni ler perasaan ayah-ayah kita dulu.. aku rasa kita akan betul betul menghargai kasih sayang seorang ayah dan ibu apabila kita sudah menjadi ayah dan ibu...

Video ini aku upload untuk tatapan isteri tersayang yang berada di sandakan yang tidak berpeluang melihat setiap perubahan anaknya... sejak dari dia mula pandai meniarap, merangkak dan kini sudah mula betatih... Buat isteriku... tataplah gambar anak kita yang kian hari kian membesar.... I LOVE U SO MUCH....

Salam Permulaan



Assalamualaikum....

Hari ni aku rase tangan aku gatal-gatal nak try benda yang baru (walaupun dh basi bagi sesetangah orang)... Create blog sendiri. So ni adalah percubaan pertama ler kira nye... Almaklumle zaman teknologi di hujung jari.. jadi kena gunakan sebaiknya..

Tujuan aku create blog ni untuk berkongsi apa shaja maklumat serta pengalaman hidup yang aku serta kalian tempuh... tak kira le kadang-kadang pengalaman yang kita tempuh tu diluar jangkaan sekali pun... Mungkin Allah SWT nak menguji sejauh mana umatnya bersabar dengan dugaan yang diberikan. Kadang-kadang dugaan ni... nikmat serta bencana/bala/masalah.. jadi sebagai manusia yang menangani setiap dugaan yang dianugerahkan... Bila diberikan kenikmatan bersyukur dan berkongsilah... dan jika diberikan musibah baersabar serta berdoa agar Tuhan tidak memberikan dugaan yang tidak mampu kita tanggung....

Cukuplah sekadar permulaan.... dan blog ini aku dedikasikan kepada isteri tersayang Pn. Nor Azlina Abdullah serta permata hati kami Muhammad Alif... Semoga dugaan dan cabaran yang Allah berikan dapat kita tempuh dan sentiasa bersabar dengannya.. Dan diharapkan dugaan yang ditempuhi menjadikan kita lebih matang dalam menempuhi kehidupan yang jauh lebih mencabar pada masa akan datang..

Wassalam