Sunday, October 16, 2011

Muhammad Alif

Jam berdetik menunjukkan pukul 1 pagi. Mataku masih berkelip kelip di dalam kegelapan yang diterangi sedikit cahaya dari lampu rumah jiran. Anakku Alif sudah lama dibuai mimpi sejak jam 10.30 tadi lagi. Bunyi dengkuran sahabatku yang tumpang bermalam di rumah agak mengganggu 'mood' tidurku. Lantas fikiranku teringat akan blog 'Catatan Liku Liku Hidup' yang sudah lama aku tak 'update'. Lantas ku capai beg laptopku dan ku hidupkannya.

Aku teringat peristiwa petang tadi. Sekitar jam 6.00 ptg anakku alif datang kepadaku dari rumah jiran bermain dengan kawan kawannya. Matanya sedikit berair lalu berkata "Ayah... Alif nak layang-layang". Aku agak terkejut dengan kata-katanya yang sedikit pelat lalu betanya, "Sape main layang-layang?". Dengan pelat dan tergagap Alif menjawab "Abang boboy kat rumah abang (rumah abg napi) main. Alif mintak abang x bagi". Sebak hati aku mendengarnya. Lantas aku mengumpulkan semua bahan dan alat untuk menghasilkan sebuah layang-layang walaupun aku tau semua bahan itu tidak wujud di rumahku. Suratkhabar lama ade beberapa naskah sahaja, gunting memang banyak di rumah ku, salotape memang tiada tapi ade black tape yang biasa orang gunakan untuk membalut wayar elektrik, lidi aku 'kidnape' dart penyapu lidi jiranku..... Alif mengekori aku sewaktu aku mencari bahan bahan berkenaan.

Beberapa orang sahabatku yang datang bertandang mentertawakan telatahku melayan anak.... Ku abaikan sahaja ejekan itu.. yang penting kehendak anakku mesti ku siapkan. Perlahan lahan aku menyiapkan layang layang walaupun sudah lama aku tidak berbuat demikian. Rasanya kali terakhir aku menghhasilkan layang layang sewaktu aku di bangku sekolah rendah..... akhirnya layang layang berjaya aku hasilkan dalam tempoh 20 minit... Gembira bukan kepalang anakku melihat layang layang telah berada di depan mata... Dia memang tidak mempunyai pengalaman langsung tentang cara bermain layang layang. Ku tunjukkan cara bermain layang. Aku berlari seperti budak kecil membuat demo untuk anakku..... selepas itu dia mengikut caraku berlari menaikkan layang layang berkenaan. Hatiku puas melihat dia ketawa dan berbangga dengan layang layang yang ayahnya buat..... walaupun hanya 15 minit dia berpeluang bermain dan layang layang itu telah patah, namun dia tetap puas sehinggakan bercerita kepada ibunya pada malam......

Begitulah sekelumit cerita yang mewarnai kisah hidupku bersama anakku. Kini alif sudah mencecah umur 3 tahun 4 bulan. Fikiranku melayang sewaktu anakku mula-mula lahir ke dunia ini. Pada 16 Jun 2008 sekitar jam 6 setengah aku terima panggilan dari isteri yang mengatakan bahawa dia akan di bawa ke bilik bersalin Hospital Temerloh. Setelah solat Subuh aku membaca Surah Maryam dan berdoa agak isteri mudah melahirkan anak sulung kami yang tidak tahu lelaki atau perempuan. 3 jam berada di bilik bersalin bagaikan begitu lama. Sambil menemani isteri yang sakit hendak bersalin terdengar jeritan ibu ibu yang hendak bersalin dari bilik bilik lain. Aku berpesan kepada isteri agar bersabar dan tidak menjerit walaupun aku tau ianya sangat sakit. Pada jam 9.59 pagi anakku berjaya 'dikeluarkan'. Apabila nurse yang bertugas menyatakan bahawa kami dikurniakan anak lelaki aku terus memanggil anak itu dengan panggilan Alif dan terus memberi kucupan kepada isteriku. Setelah itu aku diarahkan agar menunggu di luar sementara mereka menguruskan isteri.


 Belum pun sempat aku tiba di pintu bilik bersalin, secara tiba-tiba aku tidak dapat melawan rasa sebak. Lantas aku menangis teresak esak. Nurse yang berada di situ terkejut dan menenangkan aku. Aku sangat terkejut dan berasa sangat insaf tentang pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan seorang khalifah Allah. Alangkah sucinya pengorbanan itu. Bertarung nyawa bagi melahirkan umat Nabi Muhammad. Aku juga terkejut dengan kejadian Allah SWT. Anak yang keluar tiada sebarang kesan darah walaupun setitik. Sungguh suci dan bersih..... Subhanallah.... Kepada semua kaum Adam... hargailah pengorbanan isteri. Sungguh berharga pengalaman melihat isteri bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat kita.



Sekitar 2 jam berada di bilik bersalin, anakku dikeluarkan bagi membolehkan aku mengazankan dan mengiqamahkan ke kedua-dua belah telinganya. Dalam sebak aku melaungkan azan dan iqamah ditemani ayah dan ibuku. Tidak tergambar dengan kata-kata tentang perasaan aku ketika itu. Perasaan menjadi seorang ayah yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini.

Muhammad Alif tidak seperti kanak-kanak lain. Hanya 2 bulan dapat merasa susu dari ibunya, dia ditinggalkan akibat tuntutan tanggungjawab. Aku telah menjaganya setelah dari dia selembik selembik manusia sehingga sekarang mampu berlari membawa layang layang. Walaupun ketika itu aku tinggal di rumah bujang dan aku tiada langsung pengalaman menjaga bayi namun disebabkan tanggungjawab yang telah diamanahkan Ilahi aku gagahi juga. Alhamdulillah kedua-dua orang tuaku dan mertuaku tidak menentang niatku itu dan aku rasa disebabkan restu dan doa mereka aku mampu melakukannya seorang diri. Memang berat tugas menjaga seorang bayi yang baru lahir. Hanya yang mengalaminya yang mampun merasakannya. Ia memerlukan sikap tanggungjawab dan sikap sabar yang sangat tinggi. Tidak dapat aku nafikan kadang-kadang karenahnya membuatkan aku hilang sabar namun setakat ini tiada lagi tindakkanku keterlaluan. Bukan sahaja menjaga malah mendidiknya merupakan satu lagi tanggungjawab. Betullah kata orang tua "syurga di bawah telapak kaki ibu" kerana semua tugas itu sangat mencabar. Walaupun aku telah menjaganya sehingga hampir 4 tahun namun aku akui yang aku masih gagal menyaingi kaum wanita menjaga anak.

Sesekali aku mempersoalkan takdir Ilahi yang tertulis ke atas anakku tatkala melihat kanak kanak lain membesar dengan kasih sayang ibu dan ayah. Tapi kenapa takdir anakku tertulis begini. Namun siapalah aku insan yang lemah dan berdosa ini mempersoalkannya. Maha Suci Allah mengetahui segala galanya. Teringat kata kata bekas PK HEM sekolahku sewaktu jamuan perpisahan baru baru ni. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang. Mungkin Allah telah merancang sesuatu dalam hidupku yang menjanjikan hikmah di sebalik ujian dan cabaran ini. Disetiap doa, aku sentiasa mendoakan agar anakku berjaya walaupun membesar dalam keadaan begini. Tanpa kasih sayang yang sempurna. Dan aku sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini sebaik dan semampu mungkin. Selebihnya aku hanya mampu berserah kepadaNya kerana Dia yang menentukan segala-galayanya.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala segalanya. Jika ini yang terbaik untuk anakku, aku memohon kepadaMu agar kurniakanlah kekuatan dan ketabahan pada hatiku untuk menjalankan setiap tanggungjawab yang telah Engkau amanahkan. Jadikanlah anakku insan yang sentiasa bertaqwa kepadaMu, patuh kepada ibunya serta menghormati orang yang lebih tua. Jadikanlah dia insan yang soleh, amanah, jujur dan berhati mulia. Jadikan dia insan yang berjaya di dunia dan akhirat " 
Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, July 4, 2011

Dikala Kesunyian Melanda......



Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Tersentuh dengan kata-kata yang di petik dari sebuah blog yg aku baca. Bila difikirkan dan di dalami kata-kata ini, timbul persoalan adakah masih wujud persahabatan sebegini.... dikala kita ketawa gembira akan ramai sahabat mengelilingi tapi di kala kita bermuram dan bersedih masih adakah sahabat akan berkongsi semua rasa ini.... 

Monday, April 11, 2011

Pengalaman Pengurus Kontigen

Jam menunjukkan 12.35... alif dh lama tido lepas buat perangai... mungkin bayar 'hutang' 2 minggu kot. memang dah 2 minggu aku meninggalkan alif demi tugas. Perasaan berbelah bahagi aku tolak ke tepi mengharapkan semua hati terjaga. Minggu pertama aku menjadi pengurus pasukan olahraga sekolah. Tugas yang kini menjadi rutin tahunan sepanjang berkhidmat di SMK Perantau Damai. Cuma tahun ni berbeza  sedikit kerana pasukan olahraga sekolah terpaksa berkunjung ke Kuala Rompin kerana Stadium Mini Muadzam Shah mengalami kerosakan yang agak teruk. SMV Sultan Ahmad Shah menjadi lokasi kejohanan dan semua kontijen menginap di asrama SMK Pontian Jaya. Seramai 21 orang kami bawa pada tahun ini bersama 5 orang guru pengiring dan seorang staf makmal mebantu. Tahun ni pasukan olahraga mengalami kemerosotan. Kami hanya mampu menggondol 2 emas, 2 perak dan 3 gangsa di kedudukan ke 11 dalam daerah. Itu semua perkara biasa cuma apa yang luar biasa tahun ni adalah aku dilantik menjadi pengurus pasukan. Banyak aspek yang perlu diuruskan dari sekecil-kecil hingga sebesar besar perkara. Namun ia menjadi pengalaman paling berharga dalam hidup. Mujur ada sahabat yang bersama membantu melicinkan kerja aku. Azihan, Azim, Syafik, Jamliawati dan sicantik manis Faezah..... apa apa pun kami berkongsi pengalaman pahit dan manis bersama. Terima kasih semua....

Minggu ke-2 aku terpaksa membawa pasukan sepak takraw daerah Rompin bagi bertanding di peringkat negeri yang diadakan di daerah Bera..... apa yang seronok kali ini aku boleh berjumpa dengan kawan kawan lama..... kejohanan diadakan di 3 tempat berasingan. Bagi kategori bawah 18 diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, bawah 15 di SMK Bandar Kerayong dan bawah 12 di SMK Purun... dan kontigen bawah 18 dan 15 menginap di Kompleks Rakan Muda manakala kontigen bawah 12 di Asrama SMK Purun. Pengalaman paling berharga berbanding sewaktu menguruskan pasukan hoki daerah satu ketika dahulu. Pasukan Sepak Takraw Rompin antara pasukan yang digeruni oleh daerah darah lain. Tidak hairanlah kontijen bawah 18 menjadi Johan kumpulan dan naib johan bagi antara regu. Namu kontijen bawah 15 yang aku urus hanya mampu keperingkat pusingan kedua dan tempat ke-4 bagi acara antara regu. Mungkin badi aku kot...... Badi???? Mungkin kebetulan agaknya.... sepanjang aku menjadi guru, setiap pasukan yang aku bawa atau kendalikan akan menemui kegagalan.... mungkin salah aku yang tidak pandai memberi kata kata perangsang kepada pelajar... kena latih diri dalam hal hal sebegini... kerana kata kata guru amat penting sewaktu kejohanan diadakan.... aku juga telah menambah koleksi kawan kawan baru... ada antara guru pengiring yang membawa pelajar telah aku kenali dan ada yang baru aku kenali....


Pertukaran online pun telah dibuka... kali ini aku mencuba nasib untuk berpindah ke daerah Bera., walaupun aku tau peluang amat tipis bagi pertukaran bulan jun.... Tapi aku mengharapkan satu keajaiban berlaku... aku mempunyai sebab untuk bertukar... Ayah yang sedang terlantar memerlukan penjagaan dari anak anak... sekarang cuma emak seorang menjaga ayah.... Semalam ayah dah bersetuju untuk berjumpa dengan doktor pakar di KMC.... Mungkin dia dah berputus harap dengan perubatan cara tradisional.... harap harap segala urusan untuk ke sana akan berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga mengharapkan ayah akan segera sembuh menjalani kehidupan seharian seperti biasa...... Amin.....

Friday, March 11, 2011

Pertengahan Penggal 01

"Orang kata kalau hujan pagi Jumaat akan hujan sepanjang hari" kata salah seorang sahabat. Betul ker? Rasenye akan hujan sepanjang minggu. Hujan lebat dari malam tadi mengiringi hari terkahir persekolahan pertengahan penggal 1 2011. Pejam celik dah setengah penggal persekolahan 2011 bermula. Kejap jer masa berlalu. Esok bermula lah cuti. Nak rehat cukup cukup.

 Tapi kenapa terasa suram dan sedih..... kan nak cuti sepatutnya aku happy. Lagi lagi nak jumpa isteri tercinta. Mungkin terasa berat nak tinggalkan sekolah selama seminggu dan kawan-kawan kat sini.

Apa plan cuti sekolah ni erk.... nak jalan2 hujan plak. Tapi yang pastinya aku dan isteri akan ke Puterajaya sekali lagi untuk rayuan pertukaran. Kenapa la susah sgt isteri aku nak pindah ni. Orang lain senang-senang jer pindah. Banyak sangat ke dosa aku atau berat sangat ke dosa aku sampai tak turun turun rezeki dariNya...???? Kena selalu muhasabah diri dan cuba perbaiki. Kurangkan melakukan kesilapan dan dosa.
Lagi ape yer plan cuti kali ni. Nak dok rumah jer la.. lagipun sekarang macam nak musim tengkujuh lak. Harap2 hujan kali ni x menyebabkan banjir... Kesian kat housemate aku syafiq. Masa cuti raya cina baru ni rumah dia naik air... tenggelam dan banyak barang rosak. Walaupun bukan ahli keluarga aku dh anggap dia macam adik sendiri..

Last last dok rumah kt Taman Cempaka Indah jer la.... habiskan cuti bersama anak dan isteri.... wassalam

Wednesday, February 16, 2011

Demi SMK Perantau Damai

Suasana nyaman setelah menjalani raptai penih kejohanan olagraga pagi Jumaat 11 Februari 2011 tidak langsung memberi kesan kepada hatiku yang sedang kepanasan akibat kemarahan semalam. En Wahid Badri (PPD Rompin) telah melaporkan kepada Pn Hjh Maizun (Pengetua SMKPD) bahawa aku masih belum 'update' matapelajaran guru ajar dan segala ralat telah di'email'kan ke email sekolah. Sudah puas aku mencari di mana salahnya... apabila aku sedar tiada sebarang masalah aku putuskan untuk bersemuka dengan pengetua berkenaan hal ini.
Pn Hjh Maizun yang baru berpindah dari SMK Bandar Tun Razak tidak sampai setahun menerajui sekolah aku. Aku tak tahu kenapa hatiku begitu membara disebabkan perkara ini. Mungkin kerana cerita cerita kurang enak yang singgah di telingaku berkenaan tingkah lakuny sewaktu menerajui sekolah lamanya. Pada asalnya bukanlah niatku untuk berkasar namun apabila aku menerima nota yang ditinggalkan olehnya kepada Pn Azizah (PT Sekolah) hatiku menjadi kembali membara. Dengan tulisan yang caca marba dan di atas sekeping sampul surat dia mencatatkan segala arahannya. Mungkin bagi orang lain ia agak biasa, namun bagiku perlakuan yang ditunjukkan agak biadap. Aku sedar bahawa dia adalah terju utama di sekolah namun cara sebegini tidak langsung aku terima.

Dengan perasaan geram dan marah aku menyerbi ke dalam biliknya. Bebagai perkara yang terbuku dan tersimpan selama ini aku luahkan di hadapannya dengan nada suara yang agak tinggi. Mujurlah dia tidak berkeras juga dan mendengar segala luahan yang terbuku. Semua isu aku timbulkan termasuk hal semalam, isu 6/10 dan banyak lagi. Hampir setengah jam aku meluahkan segala yang terbuku dan di akhir luahan rasa aku menyuarakan yang aku tidak akan menyentuh data sekolah dan tidak akan bekerjasama lagi dengan dia. Aku sudah lupa kedudukan aku. Aku sudah tidak sedar yang aku bercakap dengan siapa. Mungkin akibat kemarahan yang terbuku sekian lama. Beliau tersentak sejenak dengan kenyataan aku. Lantas terus memujuk aku dengan nada suara yang lemah. Aku akui yang dia profesional dalam menangani hal hal sebegini. Setelah mendengar penjelasan dan dia memohon maaf jika dia tersilap dalam mengendalikan hal hal sebegini hatiku menjadi sejuk. Timbul rasa bersalah atas kekasaran aku sebentar tadi.

Kata katanya ringkas "Tidak timbul langsung dalam hati saya untuk merendahkan semua guru, keransa saya seorang yang terbuka." begitulah antara kata katanya. Mungkin dia tidak sedar tindakan yang dilakukan mengguris hati. Namun segalanya telah berlaku dia sudah pun memohon maaf. Segalanya demi SMK Perantau Damai. Tujuan kami sama cuma cara berbeza. Aku mengharapakan dia sedar akan tindakkannya selama ini. Apabila menjadi orang atasan, sikap ambil tahu masalah anak buat amat penting. Pentadbir bukan sekadar memberi arahan semata mata. Banyak perkara perlu diberi perhatian. Aku mengharapkan bekerja dengan hati yang senang tanpa ada isu isu yang tidak enak. Apabila timbul perkara sebegini semuanya akan jadi kucar kacir. Diharapkan hari mendatang di SMK Perantau Damai akan dipenuhi dengan suasana keceriaan dan tawa riang..... amin


Saturday, February 12, 2011

Takdir Yang Menguji Kesabaran

Tanggal 13 Jan 2011 jam 12.00 tghari aku menerima panggilan telefon dari akak. "Ayah Mak excident kat highway jalan Maran", bagaikan terhenti sejenak degup jantungku tatkala terdengar berita dari panggilan telefon kakakku. Sedangkan aku baru sahaja bergelak tawa dengan kawanku di makmal. Bila ditanya bagaimana keadaan mereka.... "Entahlah...."... jawapan yang menambahkan lagi kegusaran dan kerisauan hati. Lantar terus ku kemas segala baranganku sedangkan kelas aku bakal bermula 10 minit shaja lagi.  Pertanyaan Farid pembantu makmal ku ku jawab dengan nada yang gusar. Tak tau la samada dia dengar atau tidak. Sebelum pulang aku meminta keizinan Pn Hjh Maizun. Tergambar pada wajahnya perasaan kasihan dan terkejut namun x ku hiraukan semua itu. Apa yang bermain di benakku adalah mak dan ayahku. Aku perlu segera mendapatkan mereka bagi mengetahui keadaan mereka yang pada waktu itu berada di Hosptal Maran.


Sepanjang perjalanan berbagai telahan negatif yang muncul di benakku. Teringat kemabali peristiwa 2 tahun lalu di mana aku menerima panggilan dari sahabatku Aziz mengatakan Nasa eksiden dan tidak diketahui bagaimana keadaan mereka. Itulah yang paling aku geruni. Aku belum bersedia menghadapi semua itu. Masih belum puas aku membalas jasa mereka terhadapku selama ini. Sepanjang perjalanan juga aku seberapa kerap menelefon kakakku menanyakan keadaan mereka namu jawapannya masih sama. Setiabnya aku di Gambang aku cuba menelefon no mak. Cek Teh (ibu saudaraku) yang menjawab panggilan telefon. Dari percakapan dia semuanya selamat. Cuma mengalami kecederaan ringan. Alhamdullillah..... mahu sahaja aku memberhentikan kenderaanku untuk bersujud syukur dengan rahmat dariNya......

Sesampai sahaja aku di hospital maran terus ku mendapatkan mak. Mak menangis sambil memelukku. Tak tertahan lagi air mataku tatkala itu. Sungguh tenang fikiranku dalam dakapan Mak. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk memeluk tubuh yang masih bernyawa. Ayah serta dua orang adikku telah dihantar ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Alhamdullillah.... semuanya selamat. Tidak henti hatiku mengucapkan syukur.

Sebelum ke hospital Temerloh aku singgah di balai posli Maran untuk melihat keadaan kereta Viva ayahku. Mengucap panjang setelah melihat keadaan kereta yang dirempuh dari belakang oleh Toyota Alpard.

 Kalau dilihat dari keadaan kenderaan berkenaan sudah tentu kaadaan penumpang belakang lebih parah dari di hadapan. Memang benar telahanku. Keadaan adikku lebih parah dari ayah. Adik bongsuku telah patah jari manakala adik kedua bongsu cedera di kepala. Najhah berada di wad kecemasan zon merah agak lama kerana tekanan darahnya rendah. Doktor menjangkakan dia mungkin mengalami pendarahan dalaman. Namun Alhamdulillah perkara itu tidak terjadi. Aku berada di bilik kecemasan disamping ayah sehingga dia dibawa ke wad. Ayah dan kedua orang adikku dihantar ke wad sekitar jam 7 malam.

Segala yang berlaku semuanya takdir dari Ilahi yang menuntut kesabaran setiap ahli keluarga terutamanya kami adik beradik. Berkat kesabaran kami mampu melaluinya. Alhamdulillah semua adik-adikku semakin sembuh. Cuma ayahku masih terlantar kesan kemalangan yang menimpa. Mungkin faktor usia. Sehingga kini ayahku masih belum boleh berjalan dengan baik. Sudah beberapa kali Xray dilakukan. Akhirnya doktor mengetahui punca kenapa ayahku sukar untuk berjalan. Keadaan tulang belakang sudah reput akibat usia. Dari apa yang diberitahu oleh kakakku, ayah memerlukan rawatan fisioterapi untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa. Aku sangat terhutang budi malahan nyawa kepada kakakku kerana apabila musibah menimpa ahli keluargaku dialah yang pertama membantu dan paling banyak menymbang jasa.Hanya Allah sahaja mampu membalas setiap jasanya.

Aku berharap ayahku akan segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Dan setiap yang berlaku menuntut pengorbanan kami adik beradik. Ya Allah..... kupohon kepadaMu agar semuanya kembali pulih seperti sebelumnya. Amin

2010 Semakin Jauh....

Dah seminggu persekolahan sesi 2011 start, maksudnya dah seminggu 2010 meninggalkan kita semua. Dah lama aku tak update blog ni. Bukan disebabkan kekangan masa tapi time lapang aku jadi malas.... tapi bila nak update ade plak kerja kerja lain yang perlu dibereskan. Maklumla... bukan perkara penting pun.. lagipun bukan ade orang nak baca pun.... kalau ade pun mungkin boleh dibilang dengan jari tangan.... apa-apa pun pengalaman dan dugaan sepanjang tahun 2010 akan aku simpulkan di dalam post kali ini.

Aku rasa tahun lepas adalah tahun yang aku banyak berjalan2. Ke Melaka 3 kali, ke pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kuala Lipis (tempat Dato' Siti Nurhaliza), KL x payah cakap la.... Malas cakap banyak... nak letak gambar jer la.... tgok ler yerk....

Lawatan aku ke Melaka. Walaupun ini kali ke-3 aku di Melaka, tapi demi isteri dan alif aaku datang lagi. Walaupun sekejap je (2 hari 1 malam) namun cukup menghiburkan dan menyenangkan hati. Balik dari Melaka Alif demam dalam 4-5 hari jugak la....















Ni gambar di Pulau Tioman. Tempat kami mandi ni nama dia Monkey Bay. Orang kata ni tempat ramai  mat salleh lepak-lepak sambil mandi. Tapi masa kitaorang mandi x ade pun. Pengalaman di Pulau Tioman sangat menarik dan mengujakan. Aku pergi bersama-sama housemate aku (syukur dan syafiq). Pengalaman yang paling aku suka ialah memancing di tengah-tengah lautan. Mungkin bagi orang lain biasa aja, tapi bagi aku sangat menarik sebab kali pertama aku memancing ditengah tengah lautan yang luas dan membiru. Sungguh tenang berada di sana. Rasanya tahun ni akan ke sana lagi. Terima kasih kepada Muzafar dan keluarga yang telah melayan kami sepanjang berada di sana. Kami tinggal di ABC Resort.. di kampung Air Batang tempat kelahiran Muzafar. Best memang Best......


Hujung tahun lepas secara tidak dirancang aku mengikut rombongan Mak Cik Nor ke Langkawi. Tempat yang x pernah aku jejak walaupun 4 tahun setengah aku belajar di UUM Sintok. Gambar kat sebelah tu berhadapan dengan Rumah Mahsuri. Antara tempat lain yang kami lawat Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Boat Tour, Hj Ismail Group dan Idaman Suri. Sebenarnya kunjungan kali ni bukan nak berjalan sangat. tapi lebih kepada Shopping. Rasenye lebih RM 1000 aku berhabis membeli di sini. Set pinggan, beg, coklat, kain batik, baju dan beg. Apa yang paling menarik perjalanan kali ni aku telah melalui bandar Changlun dalam perjalanan pulang selepas membeli belah di Padang Besar. Begitu banyak berubah setelah aku tinggalkan UUM sekitar tahun 2000. sedah lebih 10 tahun rupanya aku meninggalkan zaman belajar. Sungguh cepat waktu berjalan.




Gambar ni pula dirakamkan di IPG Kuala Lipis. IPG terbesar di Malaysia ni aku kunjungi sewaktu menghantar adik aku untuk menghadiri temuduga KPLI j-QAF. Bertolak dari rumah sekitar pukul 3 petang dan sampai ke situ dalam pukul 8. Pertama kali aku menjejakkan kali di bandar Kuala Lipis tempat kelahiran penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza. Setelah menghantar adik di IPG kami menginap di bandar Kuala Lipis. Tiada yang menarik perjalanan kali ini cuma pengalaman aku melalui antara kawasan-kawasan perdalaman di negeri Pahang. Tembeling, Mela, Kerambit antara kawasan yang aku lalui. Perjalanan menaiki Myvi ku begitu berliku. apa yang aku kagumi keadaan jalannya yang cantik tidak seperti jalan di Bera Selatan. Selain dr itu aku juga kagum dengan IPG Kuala Lipis. Sungguh besar dan indah dilingkari bukit bukau. Aku kira perjalanan yang berliku untuk sampai ke situ berbaloi dengan pengalaman yang aku lalui.


Rasanya setakat ni ler sahaja. Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang aku kunjungi sepanjang tahun 2010. Aku mengharapkan tahun 2011 aku akan melalui semua pengalaman itu bersama isteri dan anak.