Aku rasa tahun lepas adalah tahun yang aku banyak berjalan2. Ke Melaka 3 kali, ke pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kuala Lipis (tempat Dato' Siti Nurhaliza), KL x payah cakap la.... Malas cakap banyak... nak letak gambar jer la.... tgok ler yerk....
Lawatan aku ke Melaka. Walaupun ini kali ke-3 aku di Melaka, tapi demi isteri dan alif aaku datang lagi. Walaupun sekejap je (2 hari 1 malam) namun cukup menghiburkan dan menyenangkan hati. Balik dari Melaka Alif demam dalam 4-5 hari jugak la....
Ni gambar di Pulau Tioman. Tempat kami mandi ni nama dia Monkey Bay. Orang kata ni tempat ramai mat salleh lepak-lepak sambil mandi. Tapi masa kitaorang mandi x ade pun. Pengalaman di Pulau Tioman sangat menarik dan mengujakan. Aku pergi bersama-sama housemate aku (syukur dan syafiq). Pengalaman yang paling aku suka ialah memancing di tengah-tengah lautan. Mungkin bagi orang lain biasa aja, tapi bagi aku sangat menarik sebab kali pertama aku memancing ditengah tengah lautan yang luas dan membiru. Sungguh tenang berada di sana. Rasanya tahun ni akan ke sana lagi. Terima kasih kepada Muzafar dan keluarga yang telah melayan kami sepanjang berada di sana. Kami tinggal di ABC Resort.. di kampung Air Batang tempat kelahiran Muzafar. Best memang Best......
Gambar ni pula dirakamkan di IPG Kuala Lipis. IPG terbesar di Malaysia ni aku kunjungi sewaktu menghantar adik aku untuk menghadiri temuduga KPLI j-QAF. Bertolak dari rumah sekitar pukul 3 petang dan sampai ke situ dalam pukul 8. Pertama kali aku menjejakkan kali di bandar Kuala Lipis tempat kelahiran penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza. Setelah menghantar adik di IPG kami menginap di bandar Kuala Lipis. Tiada yang menarik perjalanan kali ini cuma pengalaman aku melalui antara kawasan-kawasan perdalaman di negeri Pahang. Tembeling, Mela, Kerambit antara kawasan yang aku lalui. Perjalanan menaiki Myvi ku begitu berliku. apa yang aku kagumi keadaan jalannya yang cantik tidak seperti jalan di Bera Selatan. Selain dr itu aku juga kagum dengan IPG Kuala Lipis. Sungguh besar dan indah dilingkari bukit bukau. Aku kira perjalanan yang berliku untuk sampai ke situ berbaloi dengan pengalaman yang aku lalui.
Rasanya setakat ni ler sahaja. Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang aku kunjungi sepanjang tahun 2010. Aku mengharapkan tahun 2011 aku akan melalui semua pengalaman itu bersama isteri dan anak.
0 comments:
Post a Comment