Tuesday, October 27, 2009

Kasih Ilahi.....

assalamualaikum.....

sebelum aku meneruskan tulisan ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadhrat Ilahi Tuhan yang mencipta alam ini kerana kita masih lagi mampu berdiri dan mampu untuk menghirup udaraNya.. tanpa kasihNya hidup kita tidak akan ada ertinya...

pada 15 Oktober 2009 tercatat satu lagi sejarah dalam dairi hidup aku... aku ditimngpa kecelakaan jalanraya.. tapi kali ini adalah yang paling mengerikan dan akan ku cerita dalam ruangan ini...

Pada petang 15 Oktober 2009 lepas balik dari rumah terbuka Dik Lan (Tengku Nadzlan) aku bersiap-siap nak hantar anak aku ke rumah Mak mertua kat sebertak.. sekitar pukul 5 setengah petang aku bertolak balik.. biase dah aku balik time gini. dalam perjalanan hujan lebat dekat tasik bera.. alhamdulillah anak aku tido dengan nyenyaknya dalam kete... sampai sebertak sekitar pukul 6.20... lpas letak anak n angkut brg2 dia dalam pukul 6 setengah petang aku bertolak balik ke keratong semula sebab dah janji ngn afzal nk ke kuantan dengan dia hari jumaat tu...

cuaca masa tu dh gelap sebab hari hujan... aku bawak kereta dalam 70-80 km/j... kira tak laju ler... ntah macam mana lepas sikit dari simpang ke Tasik Bera kereta aku hilang kawalan dekat satu selekoh tajam kat situ... memang biasa aku akan makan jalan sikit kat situ tapi ntah macamane kali ni aku langsung x dapat kawal kereta aku... aku rasa kereta aku berpusing-pusing.


dalam keadaan kelam kabut, aku hanya mampu mengucap. masa tu aku fikirkan ajal aku dh sampai.... dan aku hanya pejamkan mata sambil tangan masih di stereng kereta... tiba-tiba kereta aku berhenti dan aku dapati aku semak samun sekeliling aku dan hutan tebal kat depan aku.... mulut aku masih lagi mengucap dua kalimah syahadah.... stelah aku pastikan yang aku masih hidup aku lantans mencari telefon bimbit aku.... puas aku cari tapi x jumpa...




aku keluar dari kereta aku guna pintu penumpang dan aku dapati aku berada di bawah bukit. hari dh gelap masa tu dan hujan turun renyai-renyai. aku panjat bukit tu. aku menjerit mintak tolong sekuat hati aku. tapi siapalh yang akan mendengar di tengah hutan tu.... dalam fikiran aku teringatkan anak aku... kalau le anak aku ade dalam kereta aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.... aku tunggu beberapa ketika kalau-kalau ade kereta yang akan lalu tapi memang nasib aku malang. aku turun semula untuk mencari handphone aku... tapi masih tak jumpa.

aku panjat bukit tu sekali lagi.. pakaian aku masa tu jgn ckp ler... penuh ngan tanah.. aku tak kira tu... yg penting aku selamat dan masih mampu menyedut udaraNya.... sampai ajer aku kt atas bukit (tepi jalan) aku nampak lampu lori dan aku tahan... Alhamdulillah lori tu berhenti... aku bgtau dia yg kereta aku dalam bawah bukit tu... aku minta dia bawak aku ke klinik bera.... tak tau macamane aku nak ucapkan terima kasih kat abang pemandu lori  ngn isteri dia.... diibaratkan kita sedang kehausan di tengah-tengah padang pasir dan ada orang memberi sedikit air... tidak terbalasa rasanya budi baik yang diberikan....

malam tu jugak abang ipar n adik aku gi bawak tow truck tarik kete aku.... dan ni aku nak tunjuk kesan akibat kemalangan yang aku kategorikan ngeri dalam sejarah hidup aku...





Aku bersyukur kerana aku masih lagi mampu bersujud menyembah Tuhan yang telah menentukan takdir hidup aku... aku amat tersentak dengan kejadian ini dan telah mengejutkan aku dari lena yang panjang... aku sedar segala yang aku tanggung selama ini tidak mampu lagi aku pukul di atas bahu aku... sesungguhnya Allah tu maha pengasih dan penyanyang. aku percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan setiap kejadian yang diciptakanNya pasti ada pasangannya.... aku teringat satu lirik lagu yang pernah aku dengar....

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Aku tidak akan menunding jari kepada sesiapa serta mencari sebab kejadian ini.... kerana aku tahu segalanya telah ditentukan... siapalah kita untuk menolak takdir yang Maha Agung.

Wednesday, October 14, 2009

Tahniah ...

Asslamualaikum.....

mmmmm.... aper yer... mule2 aku nak ucapkan tahniah buat adik-adikku yang baru jer grade...
gunakanlah ilmu yang diperolehi untuk mengukir masa depan yang gemilang.... satu jer abang nak ingatkan... jangan terlalu mendongak ke langit sehinggakan rumput di bumi dilupakan....  ni pic konvo diaorang



Norzahidah binti Mat Yunus (22)
Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah)
UKM















Norkhaliza binti Mat Yunus (24)
Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Bahasa Arab)
UIA
















Alhamdulillah... gembira tengok kejayaan ahli keluarga kita... berbaloi ler pengorbanan mak dan ayah membersarkan kami 9 beradik dengan segala kepayahan.