Thursday, July 22, 2010

cerita hari semalam.....

Kesian Alif selalu kena tinggal..... dh puas aku dgr kata-kata sebegitu terpacul dari mulut salah seorang dari sahabat baik aku. Kekadang panas jugak hati kerana seolah-olah tidak memahami situasi aku. Tapi ade benarnya kata-katanya tu. Semalam aku sekali lagi terpaksa menyusahkan mak dan ayah sebab minta jagakan Alif. Dalam pukul 3.15 petang aku ambik dari rumah pengasuh setelah siap mengemas semua barang2 keperluan Alif. Alhamdulillah semalam dia tido nyenyak dalam kereta. Kalau tak tido macam macam perkara nak dibuatnya menyebabkan aku terpaksa memberhentikan keretaku di tengah-tengah hutan bera selatan kerana hendak melayan karehanya. Kalau tak dilayan alamatnya kena tahan telingan dengar dia melalak. Sampai sahaja di Kumai, terus ayah bertanyakan kepada ku ke mana aku nak pergi hujung minggu. "Ke Melaka", jawabku ringkas. Kadang-Kadang timbul rasa bersalah pada diri kerana terpaksa menyusahkan mak dan ayah. Tapi aku tiada pilihan. 

Beginilah kisah aku setiap kali aku akan keluar untuk bermesyuarat, berkursus mahupun outing dengan member2. Kadang-kadang aku kuburkan sahaja setiap niatku untuk bersama-sama kawan-kawan demi anakku. Namun aku manusia biasa yang perlukan sedikit ruang untuk kepuasan diri sendiri. Kadang-kadang aku akan menurut sahaja kata hatiku.Kini anakku tinggal bersama mak dan ayahku. Ade jugak teman mak lagi-lagi sekarang ni adikku tiada di rumah (ayat nak menyedapkan hati). Awal pagi td aku telefon mak bertanyakan anakku. Mak kata dia tido baik semalam. Alhamdulillah kerana anakku mudah menyuaikan diri di mana sahaja dia berada. Itulah kemudahan yang Tuhan anugerahkan kepadaku. Kalau tidak alamatnya aku kena berkepit dgn anakku sepanjang masa. Tapi bila berjauhan macam ni timbul pulak rasa rindu..... harap2 masa akan berlalu cepat.


Monday, July 19, 2010

Tanda Dilamun Cinta



CINTA tidak mengenal usia, jantina dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa saja. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta?

Cuba semak 15 tanda jatuh cinta yang disenaraikan supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.



1. Sukar melelapkan mata
Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.


5. Dihinggapi cemburu
Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.


6. Hobi baru...termenung
Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

7. Dating
Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.


8. Rindu
Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.


9. Bergayut di telefon
Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.


10. Berubah cita rasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.


11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
12. Awal ke tempat kerja
Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.


13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.


14. Menjaga penampilan
Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.


15. Defensif
Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.


Friday, July 16, 2010

31 Tahun Berlalu

2 Julai 2010 genap umur aku 31 tahun.. dh masuk 30-an dh rupenye tapi masih ditakuk lama. x der yg berubah sgt. tapi yg special tahun ni member sambut birthday aku. terharu pun ade. klu mase dok u dulu aku sll beli kek ajak mmber2 makan same. kira mcm kenduri kesyukuran ler. harap2 ade yang mendoakan kesejahteraan aku. tapi bile dh keje ni a ku dh buat dh benda mcm tu. sibuk agaknye. hanya ucapan dari 2-3 org terdekat jer yang singgah dlm inbox hp aku. x harap pun ade org igt birthday aku. tapi tahun ni aku cukup terharu.. tak tau le sape matermind dlam sambutan ni. aku sikit pun x perasan mahupun menghidu plan diaorang. anyway, thanks to syukur, amir, syafiq, hazran, azim, rizal n azihan. harap-harap di sebalik sambutan tu ade yang mendoakan kesejahteraan aku, murahkan rezeki, dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi.

Ya Allahh, selama 31 tahun aku bernafas berbagai nikmat yang Dikau kurniakan. Namun aku ini manusia biasa yang sentiasa tidak pernah cukup atas segala kurniaanMu. Ya Allah, aku menadah memohon kepadaMu. Kau ampunilah segala dosa dosa ku yang tidak pernah kurang. Kau rahmatilah kehidupanku, murahlan rezekiku, kurniakan daku tahap kesabaran yang hebat untuk aku menanggung setiap dugaan dan cubaan yang Dikau berikan. Amin Ya Rabbal Alamin..

Dah hampir 3 bulan x update blog mcm2 perkara dh berlaku. Adik aku Uda dan suami dia Wan dah menimang cahaya mata pertama. Tengok pengalaman diaorang, teringat kembali saat kelahiran anakku Alif. Sungguh hebat ciptaan Maha Agung menjadikan manusia. Saat itu tidak tertahan airmata dari mengalir kerana insaf dengan kehebatan ciptaan Allah yang bernama manusia. Rafiqah Nurul 'Aish..... indah namanya kan. Esok di teratak Hj Mat Yunus dan Hjh Adiyah akan berlangsung majlis Aqiqah cucu ke-7 mereka. Tahniah abang ucapkan untuk Uda. Semoga kehadiran Rafiqah akan menghangatkan kasih sayang.


10-07-10. tarikh keramat buat housemate ku mohd azrulnizam. dia telah mendirikan rumahtangga dengan staff di sekolah tempat aku mengajar. semoga perkahwinan ini akan menamatkan setiap cerita serta cereka yang menghangatkan suasana SMK Perantau Damai. Semoga dia dan isteri bahagia dengan pilihan hidup masing-masing. tapi nasihatku hanya satu, kehidupan berumahtangga tidaklah semanis yang disngkakan. aku teringat semasa aku menghadiri kursus kawin 5 tahun yang lalu. seorang penceramah mengajukan soalan kepada peserta. soalannya kenapa orang tua-tua menyelitkan tepak sirih sebagai hantaran perkahwinan. jawapannya terkadung pd tepak sirih itu sendiri. campuran sirih, gambir dan kapur akan menghasilkan rasa pahit dan kelat. namun semua nya mereka telan. begitulah analoginya sebuah perkahwinan. mungkin pd awalnya adalah manis, tetapi pahitnya akan menjelma juga. namun semua itu kita kena telan walaupun sepahit mana pun. 


ok le. cukup setakat ini dahulu. jumpa lahi di post akan datang. wassalam