Wednesday, February 16, 2011

Demi SMK Perantau Damai

Suasana nyaman setelah menjalani raptai penih kejohanan olagraga pagi Jumaat 11 Februari 2011 tidak langsung memberi kesan kepada hatiku yang sedang kepanasan akibat kemarahan semalam. En Wahid Badri (PPD Rompin) telah melaporkan kepada Pn Hjh Maizun (Pengetua SMKPD) bahawa aku masih belum 'update' matapelajaran guru ajar dan segala ralat telah di'email'kan ke email sekolah. Sudah puas aku mencari di mana salahnya... apabila aku sedar tiada sebarang masalah aku putuskan untuk bersemuka dengan pengetua berkenaan hal ini.
Pn Hjh Maizun yang baru berpindah dari SMK Bandar Tun Razak tidak sampai setahun menerajui sekolah aku. Aku tak tahu kenapa hatiku begitu membara disebabkan perkara ini. Mungkin kerana cerita cerita kurang enak yang singgah di telingaku berkenaan tingkah lakuny sewaktu menerajui sekolah lamanya. Pada asalnya bukanlah niatku untuk berkasar namun apabila aku menerima nota yang ditinggalkan olehnya kepada Pn Azizah (PT Sekolah) hatiku menjadi kembali membara. Dengan tulisan yang caca marba dan di atas sekeping sampul surat dia mencatatkan segala arahannya. Mungkin bagi orang lain ia agak biasa, namun bagiku perlakuan yang ditunjukkan agak biadap. Aku sedar bahawa dia adalah terju utama di sekolah namun cara sebegini tidak langsung aku terima.

Dengan perasaan geram dan marah aku menyerbi ke dalam biliknya. Bebagai perkara yang terbuku dan tersimpan selama ini aku luahkan di hadapannya dengan nada suara yang agak tinggi. Mujurlah dia tidak berkeras juga dan mendengar segala luahan yang terbuku. Semua isu aku timbulkan termasuk hal semalam, isu 6/10 dan banyak lagi. Hampir setengah jam aku meluahkan segala yang terbuku dan di akhir luahan rasa aku menyuarakan yang aku tidak akan menyentuh data sekolah dan tidak akan bekerjasama lagi dengan dia. Aku sudah lupa kedudukan aku. Aku sudah tidak sedar yang aku bercakap dengan siapa. Mungkin akibat kemarahan yang terbuku sekian lama. Beliau tersentak sejenak dengan kenyataan aku. Lantas terus memujuk aku dengan nada suara yang lemah. Aku akui yang dia profesional dalam menangani hal hal sebegini. Setelah mendengar penjelasan dan dia memohon maaf jika dia tersilap dalam mengendalikan hal hal sebegini hatiku menjadi sejuk. Timbul rasa bersalah atas kekasaran aku sebentar tadi.

Kata katanya ringkas "Tidak timbul langsung dalam hati saya untuk merendahkan semua guru, keransa saya seorang yang terbuka." begitulah antara kata katanya. Mungkin dia tidak sedar tindakan yang dilakukan mengguris hati. Namun segalanya telah berlaku dia sudah pun memohon maaf. Segalanya demi SMK Perantau Damai. Tujuan kami sama cuma cara berbeza. Aku mengharapakan dia sedar akan tindakkannya selama ini. Apabila menjadi orang atasan, sikap ambil tahu masalah anak buat amat penting. Pentadbir bukan sekadar memberi arahan semata mata. Banyak perkara perlu diberi perhatian. Aku mengharapkan bekerja dengan hati yang senang tanpa ada isu isu yang tidak enak. Apabila timbul perkara sebegini semuanya akan jadi kucar kacir. Diharapkan hari mendatang di SMK Perantau Damai akan dipenuhi dengan suasana keceriaan dan tawa riang..... amin


Saturday, February 12, 2011

Takdir Yang Menguji Kesabaran

Tanggal 13 Jan 2011 jam 12.00 tghari aku menerima panggilan telefon dari akak. "Ayah Mak excident kat highway jalan Maran", bagaikan terhenti sejenak degup jantungku tatkala terdengar berita dari panggilan telefon kakakku. Sedangkan aku baru sahaja bergelak tawa dengan kawanku di makmal. Bila ditanya bagaimana keadaan mereka.... "Entahlah...."... jawapan yang menambahkan lagi kegusaran dan kerisauan hati. Lantar terus ku kemas segala baranganku sedangkan kelas aku bakal bermula 10 minit shaja lagi.  Pertanyaan Farid pembantu makmal ku ku jawab dengan nada yang gusar. Tak tau la samada dia dengar atau tidak. Sebelum pulang aku meminta keizinan Pn Hjh Maizun. Tergambar pada wajahnya perasaan kasihan dan terkejut namun x ku hiraukan semua itu. Apa yang bermain di benakku adalah mak dan ayahku. Aku perlu segera mendapatkan mereka bagi mengetahui keadaan mereka yang pada waktu itu berada di Hosptal Maran.


Sepanjang perjalanan berbagai telahan negatif yang muncul di benakku. Teringat kemabali peristiwa 2 tahun lalu di mana aku menerima panggilan dari sahabatku Aziz mengatakan Nasa eksiden dan tidak diketahui bagaimana keadaan mereka. Itulah yang paling aku geruni. Aku belum bersedia menghadapi semua itu. Masih belum puas aku membalas jasa mereka terhadapku selama ini. Sepanjang perjalanan juga aku seberapa kerap menelefon kakakku menanyakan keadaan mereka namu jawapannya masih sama. Setiabnya aku di Gambang aku cuba menelefon no mak. Cek Teh (ibu saudaraku) yang menjawab panggilan telefon. Dari percakapan dia semuanya selamat. Cuma mengalami kecederaan ringan. Alhamdullillah..... mahu sahaja aku memberhentikan kenderaanku untuk bersujud syukur dengan rahmat dariNya......

Sesampai sahaja aku di hospital maran terus ku mendapatkan mak. Mak menangis sambil memelukku. Tak tertahan lagi air mataku tatkala itu. Sungguh tenang fikiranku dalam dakapan Mak. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk memeluk tubuh yang masih bernyawa. Ayah serta dua orang adikku telah dihantar ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Alhamdullillah.... semuanya selamat. Tidak henti hatiku mengucapkan syukur.

Sebelum ke hospital Temerloh aku singgah di balai posli Maran untuk melihat keadaan kereta Viva ayahku. Mengucap panjang setelah melihat keadaan kereta yang dirempuh dari belakang oleh Toyota Alpard.

 Kalau dilihat dari keadaan kenderaan berkenaan sudah tentu kaadaan penumpang belakang lebih parah dari di hadapan. Memang benar telahanku. Keadaan adikku lebih parah dari ayah. Adik bongsuku telah patah jari manakala adik kedua bongsu cedera di kepala. Najhah berada di wad kecemasan zon merah agak lama kerana tekanan darahnya rendah. Doktor menjangkakan dia mungkin mengalami pendarahan dalaman. Namun Alhamdulillah perkara itu tidak terjadi. Aku berada di bilik kecemasan disamping ayah sehingga dia dibawa ke wad. Ayah dan kedua orang adikku dihantar ke wad sekitar jam 7 malam.

Segala yang berlaku semuanya takdir dari Ilahi yang menuntut kesabaran setiap ahli keluarga terutamanya kami adik beradik. Berkat kesabaran kami mampu melaluinya. Alhamdulillah semua adik-adikku semakin sembuh. Cuma ayahku masih terlantar kesan kemalangan yang menimpa. Mungkin faktor usia. Sehingga kini ayahku masih belum boleh berjalan dengan baik. Sudah beberapa kali Xray dilakukan. Akhirnya doktor mengetahui punca kenapa ayahku sukar untuk berjalan. Keadaan tulang belakang sudah reput akibat usia. Dari apa yang diberitahu oleh kakakku, ayah memerlukan rawatan fisioterapi untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa. Aku sangat terhutang budi malahan nyawa kepada kakakku kerana apabila musibah menimpa ahli keluargaku dialah yang pertama membantu dan paling banyak menymbang jasa.Hanya Allah sahaja mampu membalas setiap jasanya.

Aku berharap ayahku akan segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Dan setiap yang berlaku menuntut pengorbanan kami adik beradik. Ya Allah..... kupohon kepadaMu agar semuanya kembali pulih seperti sebelumnya. Amin

2010 Semakin Jauh....

Dah seminggu persekolahan sesi 2011 start, maksudnya dah seminggu 2010 meninggalkan kita semua. Dah lama aku tak update blog ni. Bukan disebabkan kekangan masa tapi time lapang aku jadi malas.... tapi bila nak update ade plak kerja kerja lain yang perlu dibereskan. Maklumla... bukan perkara penting pun.. lagipun bukan ade orang nak baca pun.... kalau ade pun mungkin boleh dibilang dengan jari tangan.... apa-apa pun pengalaman dan dugaan sepanjang tahun 2010 akan aku simpulkan di dalam post kali ini.

Aku rasa tahun lepas adalah tahun yang aku banyak berjalan2. Ke Melaka 3 kali, ke pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kuala Lipis (tempat Dato' Siti Nurhaliza), KL x payah cakap la.... Malas cakap banyak... nak letak gambar jer la.... tgok ler yerk....

Lawatan aku ke Melaka. Walaupun ini kali ke-3 aku di Melaka, tapi demi isteri dan alif aaku datang lagi. Walaupun sekejap je (2 hari 1 malam) namun cukup menghiburkan dan menyenangkan hati. Balik dari Melaka Alif demam dalam 4-5 hari jugak la....















Ni gambar di Pulau Tioman. Tempat kami mandi ni nama dia Monkey Bay. Orang kata ni tempat ramai  mat salleh lepak-lepak sambil mandi. Tapi masa kitaorang mandi x ade pun. Pengalaman di Pulau Tioman sangat menarik dan mengujakan. Aku pergi bersama-sama housemate aku (syukur dan syafiq). Pengalaman yang paling aku suka ialah memancing di tengah-tengah lautan. Mungkin bagi orang lain biasa aja, tapi bagi aku sangat menarik sebab kali pertama aku memancing ditengah tengah lautan yang luas dan membiru. Sungguh tenang berada di sana. Rasanya tahun ni akan ke sana lagi. Terima kasih kepada Muzafar dan keluarga yang telah melayan kami sepanjang berada di sana. Kami tinggal di ABC Resort.. di kampung Air Batang tempat kelahiran Muzafar. Best memang Best......


Hujung tahun lepas secara tidak dirancang aku mengikut rombongan Mak Cik Nor ke Langkawi. Tempat yang x pernah aku jejak walaupun 4 tahun setengah aku belajar di UUM Sintok. Gambar kat sebelah tu berhadapan dengan Rumah Mahsuri. Antara tempat lain yang kami lawat Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Boat Tour, Hj Ismail Group dan Idaman Suri. Sebenarnya kunjungan kali ni bukan nak berjalan sangat. tapi lebih kepada Shopping. Rasenye lebih RM 1000 aku berhabis membeli di sini. Set pinggan, beg, coklat, kain batik, baju dan beg. Apa yang paling menarik perjalanan kali ni aku telah melalui bandar Changlun dalam perjalanan pulang selepas membeli belah di Padang Besar. Begitu banyak berubah setelah aku tinggalkan UUM sekitar tahun 2000. sedah lebih 10 tahun rupanya aku meninggalkan zaman belajar. Sungguh cepat waktu berjalan.




Gambar ni pula dirakamkan di IPG Kuala Lipis. IPG terbesar di Malaysia ni aku kunjungi sewaktu menghantar adik aku untuk menghadiri temuduga KPLI j-QAF. Bertolak dari rumah sekitar pukul 3 petang dan sampai ke situ dalam pukul 8. Pertama kali aku menjejakkan kali di bandar Kuala Lipis tempat kelahiran penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza. Setelah menghantar adik di IPG kami menginap di bandar Kuala Lipis. Tiada yang menarik perjalanan kali ini cuma pengalaman aku melalui antara kawasan-kawasan perdalaman di negeri Pahang. Tembeling, Mela, Kerambit antara kawasan yang aku lalui. Perjalanan menaiki Myvi ku begitu berliku. apa yang aku kagumi keadaan jalannya yang cantik tidak seperti jalan di Bera Selatan. Selain dr itu aku juga kagum dengan IPG Kuala Lipis. Sungguh besar dan indah dilingkari bukit bukau. Aku kira perjalanan yang berliku untuk sampai ke situ berbaloi dengan pengalaman yang aku lalui.


Rasanya setakat ni ler sahaja. Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang aku kunjungi sepanjang tahun 2010. Aku mengharapkan tahun 2011 aku akan melalui semua pengalaman itu bersama isteri dan anak.