Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah... kite semua dah pun menyambut hari raya baru-baru ni.... tahun ni terkilan sikit sebab x der lemang yang di bakar sebelum hari raya seperti tahun2  sebelum ni... apa2 pun hari raya tetap disambut dengan meriah... buat abang sani yang berada di jerman... Selamat Hari Raya maaf zahir batin... 

Tiada dalam gambar : Abdul Masani bin Mat Yunus (Jerman), Muhammad Fathi Hakimi bin Haminordin (Dalam buaian - tido sebab demam)

ni plak gambar dengan muhammad alif... sedondon ngan ayah dia... seronok tgok dia pakai baju melayu. seharian sampai malam pakai baju tu..


Main bunga api ngan anak-anak sedare... mak mak sedare pun join sekali... maklum ler masa kecik2 x merase nak main sgt....



balik chenor.... tp tahun ni aku x join mak n ayah serta adik2 blik chenor melawat mak mak sedare n ayah ayah sedare kat sana... dan mengujungi pusara arwah tok ki abas, tok ki Hj mokhtar, tok tijah, tok zaharah, tok tang... etc... AL-FATIHAH untuk mereka semoga mereka aman di sana.... amin...


Sesi Penggambaran....








Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Friday, September 11, 2009

Sekadar Renungan


PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

NOTE: email aku terima dari seorang teman.... renu renungkan..

Thursday, September 10, 2009

My World



Monday, September 7, 2009

Sekadar mimpi

Sedar tak sedar dh 17 hari kita berpuasa... pantas betul masa berlalu.. hari ni masjid kat felda aku buat majlis berbuke puasa kat masjid sempena nuzul quran.. aku bukan nak cerita pasal majlis kat masjid...

pagi tadi lepas sembahyang subuh aku tertido... dan aku bermimpi. mudah jer mimpi nye. aku nak kawin satu lagi... (jgn mrh yer Pn Nor Azlina... mimpi jer ni bukan betul betul) ape yng aku ingat bakal kedua isteri aku tu pun nye cun ala2 heliza.. masa nak akad nikah aku belum pun bersedia dengan pakaian pengantin aku... semua org dok tunggu aku untuk majlis akad nikah.. puas aku cari baju pengantin aku x jumpe pun... aku panggil le bakal isteri aku yg ala-ala heliza versi gelap tu tolong carikan baju.. x jumpe jugak... tiba2 muncul insan yang aku sgt2 kenal sambil membawa baju pengantin aku ( bini aku) ntah dtang dari mana ntah... dengan senyuman nye yg manis tu di suruh aku pakai baju pengantin... aku pun pakai le dengan cepat almaklum ler org semua sedang menunggu.... org nak kawin paham2 ler... nak melangkah keluar jer.... zasss.... aku terbangun dari tidur.... ish... potong stim betul.... hahahaaa....

mari kita berfikir sejenak.... minggu lepas ade seorang member aku bertanyakan nak ke kawin satu lagi.... mane ader lelaki kat atas muka bumi ni yg x nak perkara tu. tapi aku nak bertanyakan satu soalan... layakkah kita??? sama sama kita fikir dan renungkan...

Tuesday, September 1, 2009

1st day kat sekolah

Dh seminggu cuti n pose ni nak start semula tu kena amik mood ler dulu... sementara menunggu ade mood so nk ler update sikit-sikit blog ni... nnti orang kata hangat hangat taik ayam lak...

pg tadi smpai sekolah jer ader dah org tanye bile nk updat blog... sebenarnye x der idea n tulih ape... pose2 ni lambat sikit enjin panas... hari ni student ting 5 start trial SPM... Kejap jer tahun ni jalan... pantas betul masa berjalan kan... anyway good luck for all form 5 students.... semoga apa yang diimpikan akan tercapai....

cuti seminggu a der aper sgt yang penting.... yg seronok dpt berbuka ngan family.... apa yang lagi seronok dpat menunaikan tanggungjawab sbg seorg hambaNya.... dan menunaikan tanggungjawab sbg seorg suami... sempat ler aku berpuase kat rumah baru beli tu... kira nye 1st time le berbuka n bersahur kat rumah tu... x der plak gambar rumah nak tunjuk....

semalam aku hantar isteri tersayang ke LCCT... almaklum ler cuti dh hbis kan... so kena le berpisah wat sementara... tak tau le kot2 berpisah untuk selama-lamanya (hanya Allah yang tau)... sebelum sampai kat LCCT aku hantar adik bongsu aku ke KISAS.... tempat ayah n isteri aku belajar dulu.... sampai-sampai asrama tgok asrama dia dh cat baru... cantik... warna purple lagi... tapi aku terpikir adakah kt dalam nye secantik luarannya... masa pendaftaran adik aku dulu sempat le aku naik atas asrama perempuan... kemudahnnya agak uzur... kenapalah sekolah x perbaiki kemudahan kat asarama tu.... setau aku KISAS ni antara sekolah terulung kt Malaysia ni.... klu peperiksaan utama mane penah jatuh ranking dia.... tapi kemudahan asrama macam sekolah biase jer.... bukan nak mengomen tapi tu ler hakikat nye... KISAS tu tmpt berkumpul pelajar2 cemerlang tapi kemudahannya x scermerlang setanding dengan namanya...
x per ler... kita tinggalkan kisah tu...

sebelum aku sampai kat LCCT aku bygkan mst ramai org pakai penutup hidung dan mulut.. zaman2 HINI ni kan... lagi2 kat airport... tempat berkumpulnya org yang datang dari ceruk mana ntah kita pun tak tau.... aku pun dengan semangat nye memakai penutup hidung n mulut... sampai jer kt situ terkejut jugak le aku.... x ramai yang pkai rupenye.... dan klu ade yg pakai org2 mude jer.. (golongan yang x berisiko dijangkiti).... org tua, budak kecik (baby) dan wanita mengandung kebanyakan nye x pakai pun.... mcm x der ape yang berlaku jer... mungkin diaorg x tengok berita kot... tu ler tahap pemikiran rakyat Malaysia... dh 72 org meninggal sebb virus ni diaorang rasa biase jer lagi..... rasa tanggungjawab x der pun dalam diri diaorang.... bukan ker tanggungjawab mengawal virus tu tanggungjawab bersama... so semua org terlibat... ni email yg aku terima dari member yg menceritakan tentang virus ni... sma2 le kite baca dan renungkan...

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die.. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin....tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital.... kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali...So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus....woman might be 70% , children most probably will die.


sama-samalah kita mencegahnya....