Thursday, July 22, 2010

cerita hari semalam.....

Kesian Alif selalu kena tinggal..... dh puas aku dgr kata-kata sebegitu terpacul dari mulut salah seorang dari sahabat baik aku. Kekadang panas jugak hati kerana seolah-olah tidak memahami situasi aku. Tapi ade benarnya kata-katanya tu. Semalam aku sekali lagi terpaksa menyusahkan mak dan ayah sebab minta jagakan Alif. Dalam pukul 3.15 petang aku ambik dari rumah pengasuh setelah siap mengemas semua barang2 keperluan Alif. Alhamdulillah semalam dia tido nyenyak dalam kereta. Kalau tak tido macam macam perkara nak dibuatnya menyebabkan aku terpaksa memberhentikan keretaku di tengah-tengah hutan bera selatan kerana hendak melayan karehanya. Kalau tak dilayan alamatnya kena tahan telingan dengar dia melalak. Sampai sahaja di Kumai, terus ayah bertanyakan kepada ku ke mana aku nak pergi hujung minggu. "Ke Melaka", jawabku ringkas. Kadang-Kadang timbul rasa bersalah pada diri kerana terpaksa menyusahkan mak dan ayah. Tapi aku tiada pilihan. 

Beginilah kisah aku setiap kali aku akan keluar untuk bermesyuarat, berkursus mahupun outing dengan member2. Kadang-kadang aku kuburkan sahaja setiap niatku untuk bersama-sama kawan-kawan demi anakku. Namun aku manusia biasa yang perlukan sedikit ruang untuk kepuasan diri sendiri. Kadang-kadang aku akan menurut sahaja kata hatiku.Kini anakku tinggal bersama mak dan ayahku. Ade jugak teman mak lagi-lagi sekarang ni adikku tiada di rumah (ayat nak menyedapkan hati). Awal pagi td aku telefon mak bertanyakan anakku. Mak kata dia tido baik semalam. Alhamdulillah kerana anakku mudah menyuaikan diri di mana sahaja dia berada. Itulah kemudahan yang Tuhan anugerahkan kepadaku. Kalau tidak alamatnya aku kena berkepit dgn anakku sepanjang masa. Tapi bila berjauhan macam ni timbul pulak rasa rindu..... harap2 masa akan berlalu cepat.


Monday, July 19, 2010

Tanda Dilamun Cinta



CINTA tidak mengenal usia, jantina dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa saja. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta?

Cuba semak 15 tanda jatuh cinta yang disenaraikan supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.



1. Sukar melelapkan mata
Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.


5. Dihinggapi cemburu
Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.


6. Hobi baru...termenung
Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

7. Dating
Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.


8. Rindu
Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.


9. Bergayut di telefon
Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.


10. Berubah cita rasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.


11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
12. Awal ke tempat kerja
Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.


13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.


14. Menjaga penampilan
Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.


15. Defensif
Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.


Friday, July 16, 2010

31 Tahun Berlalu

2 Julai 2010 genap umur aku 31 tahun.. dh masuk 30-an dh rupenye tapi masih ditakuk lama. x der yg berubah sgt. tapi yg special tahun ni member sambut birthday aku. terharu pun ade. klu mase dok u dulu aku sll beli kek ajak mmber2 makan same. kira mcm kenduri kesyukuran ler. harap2 ade yang mendoakan kesejahteraan aku. tapi bile dh keje ni a ku dh buat dh benda mcm tu. sibuk agaknye. hanya ucapan dari 2-3 org terdekat jer yang singgah dlm inbox hp aku. x harap pun ade org igt birthday aku. tapi tahun ni aku cukup terharu.. tak tau le sape matermind dlam sambutan ni. aku sikit pun x perasan mahupun menghidu plan diaorang. anyway, thanks to syukur, amir, syafiq, hazran, azim, rizal n azihan. harap-harap di sebalik sambutan tu ade yang mendoakan kesejahteraan aku, murahkan rezeki, dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi.

Ya Allahh, selama 31 tahun aku bernafas berbagai nikmat yang Dikau kurniakan. Namun aku ini manusia biasa yang sentiasa tidak pernah cukup atas segala kurniaanMu. Ya Allah, aku menadah memohon kepadaMu. Kau ampunilah segala dosa dosa ku yang tidak pernah kurang. Kau rahmatilah kehidupanku, murahlan rezekiku, kurniakan daku tahap kesabaran yang hebat untuk aku menanggung setiap dugaan dan cubaan yang Dikau berikan. Amin Ya Rabbal Alamin..

Dah hampir 3 bulan x update blog mcm2 perkara dh berlaku. Adik aku Uda dan suami dia Wan dah menimang cahaya mata pertama. Tengok pengalaman diaorang, teringat kembali saat kelahiran anakku Alif. Sungguh hebat ciptaan Maha Agung menjadikan manusia. Saat itu tidak tertahan airmata dari mengalir kerana insaf dengan kehebatan ciptaan Allah yang bernama manusia. Rafiqah Nurul 'Aish..... indah namanya kan. Esok di teratak Hj Mat Yunus dan Hjh Adiyah akan berlangsung majlis Aqiqah cucu ke-7 mereka. Tahniah abang ucapkan untuk Uda. Semoga kehadiran Rafiqah akan menghangatkan kasih sayang.


10-07-10. tarikh keramat buat housemate ku mohd azrulnizam. dia telah mendirikan rumahtangga dengan staff di sekolah tempat aku mengajar. semoga perkahwinan ini akan menamatkan setiap cerita serta cereka yang menghangatkan suasana SMK Perantau Damai. Semoga dia dan isteri bahagia dengan pilihan hidup masing-masing. tapi nasihatku hanya satu, kehidupan berumahtangga tidaklah semanis yang disngkakan. aku teringat semasa aku menghadiri kursus kawin 5 tahun yang lalu. seorang penceramah mengajukan soalan kepada peserta. soalannya kenapa orang tua-tua menyelitkan tepak sirih sebagai hantaran perkahwinan. jawapannya terkadung pd tepak sirih itu sendiri. campuran sirih, gambir dan kapur akan menghasilkan rasa pahit dan kelat. namun semua nya mereka telan. begitulah analoginya sebuah perkahwinan. mungkin pd awalnya adalah manis, tetapi pahitnya akan menjelma juga. namun semua itu kita kena telan walaupun sepahit mana pun. 


ok le. cukup setakat ini dahulu. jumpa lahi di post akan datang. wassalam

Monday, April 26, 2010

Unit C.......

"Rumah ni dah nak dihapuskira... kita kena cari rumah lain hujung bulan ni", teringat kembali kata-kata housemate aku azrul kira-kira 5 tahun yang lalu. Tersentak dengar kata-kata tu lantas benakku terus berfikir kemanalah aku nak tinggal. Ketika tu kami menyewa di rumah pegawai Felda Kertong 8. Memang rumah tu agak uzur namu cukup untuk aku dan azrul berteduh dan berehat setelah penat bekerja di sekolah.

selama seminggu kami mencari-cari tempat untuk tinggal sehinggakan timbul cadangan untuk duduk di makmal MPV. Mujurlah aku ada azrul ketika tu. kalau x mati kutu aku nak cari rumah. Setelah puas mencari dan berusaha kami dapat tempat tinggal yang baru iaitu di Unit C, Rumah Guru SMKPD. Kuarters lama sebelum wujudnya KIP (Kuarters Institusi Pendidikan) yang di bina ketika Dato' Najib menjadi Menteri Pendidikan. Kuarters yang mempunyai 12 pintu ni dihuni oleh kebanyakan guru-guru lama. Cikgu Arshad, Ust Mat Yazik dan Cikgu Rizal... ada lagi yang lain. Unit C ni terletek bersebelahan dengan rumah cikgu Arshad dan ketika tu nurse dari klinik kesihatan perantau damai menyewa di sebelah rumah berkembar dengan Hadziri (pembantu makmal sekolah).

Unit ini menyimpan banyak kisah dan cerita. Dari kehidupan aku sebagai seorang bujang sehingga berumahtangga dan berstatus ayah. Seingat aku ketika awal tahun 2007 aku berpindah ke sini. dan pada petengahan tahun 2007 aku mendirikan rumahtangga dan setahun berikutnya aku membawa anak aku alif yang masih merah ke sini. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang sangat baik dan penuh berbudi. Tidak akan aku jumpa lagi kawan sebaik housemate aku ketika itu. Aku tau tatkala aku bawa anak aku yang masih merah akan mengubah corak hidup aku dan akan sedikit membebankan kawanku tapi aku tak mampu melawan takdir dan mengingkari prinsip hidup yang aku pegang. Jadi semua rasa itu aku tolak ketepi dan terima setiap takdir yang telah tertulis untukku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Azrul turut menjaga alif ketika aku sembahyang, mandi dan sebagainya.Sebab tu anak aku agar rapat dengan pak cik Azrul dia. aku rasa leboh rapat berbanding dengan mak dia sendiri.

Ketika itu arwah isteri Abg Napi aku upah untuk mengasuh anakku ketika aku ke sekolah di pagi hari. Begitu sukar untuk aku membiasakan diri dengan kehidupan baru aku ketika itu. Namun berkat kesabaran dan ketabahan hati semua sudah menjadi biasa bagiku. Hampir setahun arwah Kak Ani menjadi pengasuh alif. Pada pertengahan tahun 2008 beliau telah pergi selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi. Setelah arwah pergi, Abg Napi membantu aku untuk mecari pengasuh baru untuk anakku. Mujur ada dia ketika itu sebab aku bukanlah kenal sangat orang-orang di sini waktu itu. Dia memperkenalkan aku dengan Angah Munik peneroka keratong 10. Bagi aku baik bagi Abg Napi baiklah bagi aku. Mereka mengasuh Alif sehingga kini. Alhamdulillah setakat ini tiada satupun perkara yang tidak aku ingini berlaku kepada anakku. Aku sangat berpuashati dengan apa yang telah Allah berikan.

Kini 2010.... sudah hampir 5 tahun aku menghuni Unit C ini. Alif pun sudah hampir mencecah 2 tahun. Bilangan housemate aku juga telah bertambah. Syafik dan syukur... semuanya insan-insan terbaik yang aku kenali. Mungkin Allah menguji aku namun dalam masa yang sama Dia mendatangkan kepada aku insan-insan yang penuh kasih sayang. Alif sungguh selesa dan gembira hidup bersama-sama pak cik pakcik yang pengasih. Dan aku sungguh berterima kasih kepada mereka. Mungkin tidak mampu aku balas segala jasa dan pengorbanan yang mereka berikan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Bagiku aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan kebahagiaan hidup mereka tidak kira semalam,hari ini mahupun esok.

Thursday, April 8, 2010

Pengalaman Mencari Kerja

Assalamualaikum......

Baru je hilang debar lepas menyampaikan satu ceramah berkaitan dengan resume.... Tak pe la.... dah orang mintak tolong bagi ceramah, aku buat yang terbaik. Tapi bile lihat kelakuan pelajar masa aku bg ceramah sedikit pun tak menggambarkan diaorang faham ape yang aku sampaikan... mungkin cara penyampaian aku kurang menarik dan berkesan. Masih boleh diperbaiki. Tapi bila melatakkan diri ke dalam diri para pelajar memang jelas dan terang ape yang aku cuba nak sampaikan. Cuma apabila bergelar pelajar, semua itu tidak penting kerana mereka masih tidak melalui. Sama macam aku masa belajar di dekolah menengah. Aku x ambil kisah kangsung tentang temuduga mahupun menghasilkan satu-satu resume.

Teringat kembali waktu aku tamat pelajaran ku di peringkat Ijazah. Bertungkus lumus untuk mendapatkan pekerjaan. Banyak temuduga yang hadiri namun satu pun tiada balasan. Aku teringat satu temuduga yang aku hadiri di Mentakab. Merah padam mukaku menahan kemarahan kerana diajukan soalan yang kurang enak di dengar di campur pulak dengan darah muda waktu itu. "Awak tak malu ke bekerja sebagai GSTT di sekolah rendah sedangkan awak mempunyai ijazah?" soal penemuduga membuatku tersentak sebentar sebelum menjawab soalan tu."Tidak, saya tak buat kerja kotor. saya anggap kerja tu satu pekerjaan yang mulia. Asalkan rezeki yang saya dapat tu halal" balasku dengan nada suara yang agak tinggi menunjukkan kemarahan yang terpendam dihati. Aku masih menyambung lagi jawapan tu tetapi tidak enak kalau aku nyatakan di sini. cuku aku nyatakan di sini bunyinya agak kasar dan boleh melukakan hati sesiapa yang mendengarnya.

Tapi bila aku fikirkan semula sekarang, penemuduga itu tidak salah langsung. Mungkin dia hanya menguji sejauh mana aku akan bersabar apabila diajukan soalan2 yang agak sensitif. Mungkin semasa di sekolah aku langsung tidak didedahkan dengan cara-cara menghadiri temuduga dan membuat resume. sungguh beruntung pelajar sekarang. semua berada di depan mata tapi tidak langsung menghargai.


Sunday, April 4, 2010

Pasar Oh Pasar.....

Hujung minggu ibarat pesta jual menjual di sini dan di mana mana di seluruh ceruk rantau bumi Malaysia. Mazam biasa hari Ahad Mr Azim akan turun untuk mengajakku ke Pasar Bdr Tun Razak. Biasanya aku takkan menuruti dia kerana banyak kekangan namun hari akibat tuntutan dari perutku untuk diisi, aku mengikut dia ke sana. Aku kira sudah hampir 2 tahun aku tak ke pasar Bdr Tun Razak.

Sesampai di pasar, cuping telingaku terus menangkap satu panggilan. "Mari.. mari... mari.. kita lihat ular minum air", kelihatan ramai orang telah berkerumun di situ. Tak kira umur, pangkat dan kedudukan mereka beramai-ramai mengerumuni penjual ubat itu. "Azim... jom tengok kejap" ajakku dan azim menurutiku dari belakang. Sesampai ke tempat tu, aku lihat seekor ular sawa yang aku kira agak besar dan jarang-jarang aku tengok sedang diberi minum air oleh seorang pemuda sekitar 20-an umurnya. Sipenjual ubat terus mengulangi kata-kata menarik perhatian pengunjung di situ. Di sekitar ular sawa tu, terdapt beberapa lagi kotak kayu yang mungkin berisi ular yang lain janisnya. Sungguh mudah sipenjual ubat menarik minat para pengunjung dengan kepetahannya berkata-kata. Lantas benakku terus teringat kepada pengalaman yang hampir sama di Pekan Sehari Temerloh cuma yang berbezanya penjual ubat sahaja. aku rasa tertipu kerana telah membeli minyak angin dari sipenjual ubat berkenaan. "Ubat ni bagus, sengal-sengal, gigitan serangga, lenguh lenguh badan, anak kencing malam..... bla,bla,bla"  wah! begitu banyak penyakit boleh diubati dengan ubat yang dijual sehinggakan penyakit angin ahmar pun boleh diubati dengan menyapu minyak angin yang dijual. Namun apabila sampai di rumah, bila ku sapu minyak angin berkenaan tidak terasa panas langsung... aku kira pasti ramai juga yang tertipu...

Namun dalam hal ini siapa yang bersalah? sipenjual ubat, pelanggan atau ular.... hahahahaa.... Apabila dihalusi semula, semua ini akibat kedangkalan pemikiran orang melayu itu sendiri. Jika ubat-ubat sebegini dijual di pasar-pasar malam maka boleh dikatakan penyakit-penyakit kronik boleh diubat dengan mudah. Jadi kenapa pesakit-pesakit kronik berbelanja berpuluh-puluh malah beratus-ratus ribu untuk mengubati penyakit dan kenapa masih ramai yang mati akibat penyakit yang tak dapat diubati? tepuk dada tanya iman. Jadi sebagai pengguna berhati-hati dan gunakan akal fikiran sebelum membeli sesuatu produk di pasar malam. Wassalam

Saturday, April 3, 2010

Berpanas Berhujan... Demi Sekolah

"Batal" kata pengadil lompat jauh, aku kira cikgu dari SMK Tg Gemuk kot.... "Tak batal, depan mata aku tengok x batal" kata ketua jurulatih pasukan olahraga sekolah aku dengan penuh yakin.... yang lain yang berada di situ berbelah bahagi samada batal atau tidak.... tapi keyakinan pihak pengurus dan jurulatih olahraga termasuk GPK Kokurikulum tidak mampu menghalang keputusan pengadil yang telah membatalkan lompatan terakhir atlet sekolahku yang aku lebih tepat lagi kami kira paling jauh dan mampu menggenggam emas ke-3 pasukan olahraga sekolah aku.... lantas dibenakku mengimbas kembali kata-kata ustazah aku semasa di sekolah menengah dulu... "di dunia ni tiada pengadil atau hakim yang adil... yang adil dan saksama itu hanya Allah SWT sahaja"..... setelah begitu banyak aku membawa pelajar untuk pertandingan dan kejohanan, memang ternyata kata-kata itu memang benar.

Kami hanya mampu berpuas hati dengan 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa yang diperolehi sepanjang 2 hari kejohanan olahraga MSSD Rompin yang berlangsung di Stadium Mini, Muadzam Shah..... walaupun ia jauh dari target dan TOV sekolah namun kami tetap berbangga dengan prestasi pasukan yang kami bawa seramai 10 orang... dengan disiplin dan kecekalan yang ada pada atlet olahraga kami maka inilah hasilnya...Tahniah buat pengurus pasukan Cik Jamliawati dan en amir serta jurulatih en azihan serta cik nurul hafiza serta atlit olahraga azmi, ibrahim, amin, ikmal, pian, amirul, amirah, hasanah, fazilah dan nabila. Kami semua bangga dengan kamu walaupun tidak mencapai matlamat sebenar.

Berbalik kepada kejohanan yang berlangsung selama dua hari ni, aku kira inilah kejohanan paling suram sepanjang aku mengajar di Perantau Damai. Jumlah pegawai kejohanan sangat kurang, mutu pengadilan yang sgt lemah (berdasarkan pandangan peribadi) dan perjalanan kejohanan agak kelam kabut... sekolah hanya diberi masa 2 hari untuk melatih pelajar kerana pada awal2 persekolahan tahun ni dikhabarkan semua kejohanan peringkat daerah tidak akan diadakan. jadi mutu dan pencapaian atlet sangat kurang menggalakkan.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 aku melatih pelajar olahraga. masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, masih banyak ilmu yang perlu aku timba dan masih banyak ruang yang memerlukan pengobanan. Namun sejauh mana sukan diperingkat sekolah, daerah dan negeri boleh pergi?? persaoalan ini merupakan perkara pokok yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Mutu sukan di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain. Rekod dunia bagi 100 meter di pegang oleh Usain Bolt dari Jamaica yang mencatat 9.58 saat pada sukan olimpik yang lalu di Beijing. Rekod 100 meter bagi Malaysia pula dipengang oleh Watson Nyambek dari negeri Sarawak yang mencatat 10.30 pada tahun 1998. (mungkin fakta ini salah atau ketinggalan zaman) 9.58 saat dan 10.30 saat adalah 2 catatan yang sgt jauh berbeza bagi acara 100 meter. Dari situ kita semua boleh fikirkan sejauh mana kedudukan kita. Mutu sukan negara masih jauh ketinggalan berbanding negara lain. Mungkin 50 tahun lagi baru kita boleh mendabik dada untuk ini.... itu MUNGKIN sahaja.... mungkin juga kita akan berada di takuk lama jika tidak ada tindakan dibuat. fikir fikirkan lah.

namun sepanjang 2 hari berpanas di stadium telah membakar sedikit kulit muka kami. namun ini pengorbanan kami untuk sekolah yang kami cintai. mungkin apa yang keluar dari mulut sangat jauh berbeza apa yang terpendam dihati. wassalam

Thursday, April 1, 2010

3 BULAN BERLALU

Assalamualaikum.....

Tak tau mane nak mula sebab dah lama x update blog.... seingat aku last update lepas sepupu aku (yusri kawin)... ni semua penangan Facebook.... terlalu asyik melayan Facebook sampai terlupa nak update blog... minta maaf kepada semua follower (walaupun aku tau x der org nak baca blog ni)

Dah 3 bulan 2009 meninggalkan kita.... meninggalkan begitu banyak pengalaman pahit dan manis.... tak perlu lah aku menyatakan satu per satu.... semua dah tinggal kenangan yang hanya perlu diingati dan diambil ikhtibar... biarpun ia sepahit mana.....

2010.... sudah 3 bulan kita laluinya.... begitu banyak mengajar aku erti hidup.... erti kasih sayang antara keluarga, saudara dan rakan taulan... Tahniah atas kejayaan adikku Zaki... satu satunya adik lelaki aku.... walaupun agak lambat menggenggam segulung ijazah namun ia berjaya dicapai jua.... memang diakui pencapaian sepanjang bergelar pelajar agak kurang menggalakkan namun berkat kecekalan dan kesabaran serta doa restu mak dan ayah... segalanya sudah terbukti... teruslah melakar kehidupan yang lebih gemilang di masa depan... abang doakan agar zaki terus berjaya dalam menempuh liku hidup yang penuh mencabar.....

2010 juga telah banyak mengajar aku erti kesabaran dalam menjalani kehidupan bersama rakan taulan.... dalam menjalinkan hubungan dengan insan yang bergelar sahabat jangan mengharapkan kita dihargai dan didahulukan.... tidak semua perkara akan dikongsi bersama dan tidak semua perkara akan dilalui bersama dalam bersahabat...... mungkin jauh di sudut hati sangat terluka dan terasa namun biarkan saja rasa itu terpendam.... apa yang penting membiarkan satu-satu perkara itu berlalu dan tidak usah diungkit lagi.... pada awal2 tahun ini aku bertemu dengan seorang sahabat dan pertemuan ini banyak mengajar aku untuk bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui.... rasanya tak perlulah aku menyatakan disini siapa orangnya.... walaupun pertemuan ini sangat singkat namun ape yang telah dia lalui sangat-sangat mengajar.... mungkin dari luarannya dia nampak bahagia namun apabila diselami jauh dilubuk hati banyak luka terpendam dan ianya akan meninggalkan parut yang akan terlihat seumur hidup... aku belajar menghargai mak ayah, belajar menghargai wanita yang bergelar isteri, menyayangi anak serta mengambil berat hal-hal adik beradik... jika ditakdirkan pertemuan ini lebih panjang mungkin lebih banyak aku belajar... terima kasih joe.....

3 bulan 2010 berlalu dan tugas aku di sekolah masih x berubah....walaupun sesibuk mana aku Alif tetap diutamakan.... tersenyum kejap... anak aku dah mula mengatur kata.... sudah pandai mengikut arahan... x sabar rasanye menantikan saat dia bercakap2 dengan aku.... aku cuba buat yang terbaik untuk menjaga dan mendidik amanah yang telah dipertanggungjawabkan... namun kadang-kadang kesabaran aku tercabar dengan karenahnya.... alangkah baiknya jika isteri tercinta sama-sama menjaga Alif... namun apakan daya... takdir Ilahi mengatasi segala-galanya.... akan ku cuba meningkatkan kesabaran diri mengharungi dugaan yang tiada siapa akan memahaminya.... mungkin ini takdir... atau mungkin  ini tanda Dia membalas setiap perbuatanku yang telah lalu atau mungkin sekadar menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahan hati... akan ku tempuh setiap liku hidup yang membadai dengan keimanan yang senipis buih dilautan.... Ya Allah... kuatkan lah kesabaran ku.... tebalkanlah keimanan ku dan makbulkan lah setiap permintaanku... Amin

Hari ni aku terima satu lagi berita yang kurang enak didengar... anak saudara aku Fadlin akan memasuki operation room malam ini juga tatkala aku update blog ini.... semoga segalanya berjalan lancar dan selamat... diharapkan akak dan abg amie tabah dan redha dengan setiap ketentuan Ilahi... kita hanya mampu merancang namun ketentuan nya masih hak Yang Maha Agung.... sebelum aku akhiri post (sebab dah mengantuk dan kahabisan idea) terlupa nak ucapkan tahniah buat adinda tercinta huda kerana sudah berbadan dua.... semoga permata yang bakal lahir akan mengeratkan lagi hubungan uda suami isteri dan memeriahkan lagi rumah Haji Mat Yunus......sehingga ke post yang seterusnya.. andai masih dipanjangkan usia dan masih mampu bernafas..... wassalam,,,