Beginilah kisah aku setiap kali aku akan keluar untuk bermesyuarat, berkursus mahupun outing dengan member2. Kadang-kadang aku kuburkan sahaja setiap niatku untuk bersama-sama kawan-kawan demi anakku. Namun aku manusia biasa yang perlukan sedikit ruang untuk kepuasan diri sendiri. Kadang-kadang aku akan menurut sahaja kata hatiku.Kini anakku tinggal bersama mak dan ayahku. Ade jugak teman mak lagi-lagi sekarang ni adikku tiada di rumah (ayat nak menyedapkan hati). Awal pagi td aku telefon mak bertanyakan anakku. Mak kata dia tido baik semalam. Alhamdulillah kerana anakku mudah menyuaikan diri di mana sahaja dia berada. Itulah kemudahan yang Tuhan anugerahkan kepadaku. Kalau tidak alamatnya aku kena berkepit dgn anakku sepanjang masa. Tapi bila berjauhan macam ni timbul pulak rasa rindu..... harap2 masa akan berlalu cepat.
TaiPiNG BaNDaR WaRiSaN..
-
OK. Ni adalah entry ulangan. Sengaja aku repost semula bagi sesiapa yg
belum membacanya. Dalam entry ni, aku nak cerita tentang bandar Taiping,
bandar te...
2 months ago





0 comments:
Post a Comment