Thursday, August 20, 2009

al-Fatihah......

Hari ni masa aku tengah cari CD installer aku terjumpe sekeping CD yang dh lama aku x buke...

Bile aku buka CD tu aku terjumpa gambar ni....
Gambar ni di ambil di Taman Mini Asean, Air Keroh Melaka... masa tu Asrama SMK Purun (sekolah pertama aku ditempatkan) mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tersenyum sendirian bile mengenangkan waktu tu...

Aku berposing dengan antara sahabat baik aku waktu, Nasa (Nasaruddin Abd Aziz).. namun kini ia hanya tinggal memori... sedih mengenangkan nasib menimpa nasa. Beliau telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya yang ngeri sekaligus meragut nyawa isterinya yang mengadung 3 bulan, anak lelakinya yang berusia 10 bulan, ibu mertua serta adik ipar. Kemalangan tersebut berlaku di Maran, Pahang. Apa yang paling aku terkilan, belum pun sempat aku bertemu dengan anak sulung dia, Allah telah mengambil nyawanya.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh mereka semoga mereka tenang 'disana'. AL_FATIHAH

Menurut berita dan sumber yang aku baca.... kemalangan ini berpunca dari masalah teknikal lori yang membawa muatan tong gas kosong dimana lori berkenaan tidak dapat dikawal lalu terbabas ke lorong bertentangan serta menghempap dan mengheret kereta Perodua Kenari yang dipandu oleh nasa sejauh 80 meter.... namun cerita sebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang tahu... menurut cerita yang ditulis di akhbar2... mayat-mayat mereka hancur berkecai....

Di sini ingin aku meluahkan perasaan yang terbuku... jika diperhatikan kebanyakan kemalangan kemalangan ngeri adalah melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas.... dan sebagai seorang pemandu memang tidak dinafikan kebiadapan sebahagian pemandu lori dan bas (tidak semua) sewaktu berada di atas jalanraya. Kepada pemandu kenderaan berat... sedarlah bahawa apa yang anda bawa umpama bom yang mampu membunuh orang lain... ingatlah, mereka juga mempunyai orang yang mereka sayang serta yang amat menyayangi mereka... Nyawa manusia tiada gantinya....

Di sini aku ingin menyatakan pendapat mengenai kemalangan jalanraya di Malaysia... (ini hanyalah pendapat peribadi)... Kerjaan selalu menyalahkan sikap pemandu ketika berada di jalanraya... namun terfikirkah kita kenapa masih banyak lagi kemalangan berlaku walhal sedah banyak kempen jalanraya dilancarkan... adakah rakyat Malaysia ini terlalu degil dan dangkal akalnya sehingga tidak langsung menghargai nyawa sendiri... Aku rasa salah satu penyebab utama selain dari sikap pemandu adalah keadaan jalanraya itu sendiri... sempit, berselekoh, berlubang serta kualiti jalan yang tidak memuaskan.... jika nak dibandingkan kemalangan banyak berlaku di jalan-jalan persekutuan berbanding lebuhraya... inilah penyebab utama sebenarnya... aku selalu berulang alik dari muadzam shah ke LCCT untuk mengambil isteri apabila cuti... memang tidak dinafikan perkara ini... sepanjang jalan adalah mempunyai ciri-ciri yang aku nytakan di atas.... bukit putus contohnya..... mungkin agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikatnya.... aku bukan nak menyalahkan kerajaan 100% tetapi hanya mahu meluahkan pendapat selaku rakyat yang berpijak di atas bumi ini.... tepuk dada tanya selera...
sekian...




0 comments:

Post a Comment