Saturday, February 12, 2011

2010 Semakin Jauh....

Dah seminggu persekolahan sesi 2011 start, maksudnya dah seminggu 2010 meninggalkan kita semua. Dah lama aku tak update blog ni. Bukan disebabkan kekangan masa tapi time lapang aku jadi malas.... tapi bila nak update ade plak kerja kerja lain yang perlu dibereskan. Maklumla... bukan perkara penting pun.. lagipun bukan ade orang nak baca pun.... kalau ade pun mungkin boleh dibilang dengan jari tangan.... apa-apa pun pengalaman dan dugaan sepanjang tahun 2010 akan aku simpulkan di dalam post kali ini.

Aku rasa tahun lepas adalah tahun yang aku banyak berjalan2. Ke Melaka 3 kali, ke pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kuala Lipis (tempat Dato' Siti Nurhaliza), KL x payah cakap la.... Malas cakap banyak... nak letak gambar jer la.... tgok ler yerk....

Lawatan aku ke Melaka. Walaupun ini kali ke-3 aku di Melaka, tapi demi isteri dan alif aaku datang lagi. Walaupun sekejap je (2 hari 1 malam) namun cukup menghiburkan dan menyenangkan hati. Balik dari Melaka Alif demam dalam 4-5 hari jugak la....















Ni gambar di Pulau Tioman. Tempat kami mandi ni nama dia Monkey Bay. Orang kata ni tempat ramai  mat salleh lepak-lepak sambil mandi. Tapi masa kitaorang mandi x ade pun. Pengalaman di Pulau Tioman sangat menarik dan mengujakan. Aku pergi bersama-sama housemate aku (syukur dan syafiq). Pengalaman yang paling aku suka ialah memancing di tengah-tengah lautan. Mungkin bagi orang lain biasa aja, tapi bagi aku sangat menarik sebab kali pertama aku memancing ditengah tengah lautan yang luas dan membiru. Sungguh tenang berada di sana. Rasanya tahun ni akan ke sana lagi. Terima kasih kepada Muzafar dan keluarga yang telah melayan kami sepanjang berada di sana. Kami tinggal di ABC Resort.. di kampung Air Batang tempat kelahiran Muzafar. Best memang Best......


Hujung tahun lepas secara tidak dirancang aku mengikut rombongan Mak Cik Nor ke Langkawi. Tempat yang x pernah aku jejak walaupun 4 tahun setengah aku belajar di UUM Sintok. Gambar kat sebelah tu berhadapan dengan Rumah Mahsuri. Antara tempat lain yang kami lawat Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Boat Tour, Hj Ismail Group dan Idaman Suri. Sebenarnya kunjungan kali ni bukan nak berjalan sangat. tapi lebih kepada Shopping. Rasenye lebih RM 1000 aku berhabis membeli di sini. Set pinggan, beg, coklat, kain batik, baju dan beg. Apa yang paling menarik perjalanan kali ni aku telah melalui bandar Changlun dalam perjalanan pulang selepas membeli belah di Padang Besar. Begitu banyak berubah setelah aku tinggalkan UUM sekitar tahun 2000. sedah lebih 10 tahun rupanya aku meninggalkan zaman belajar. Sungguh cepat waktu berjalan.




Gambar ni pula dirakamkan di IPG Kuala Lipis. IPG terbesar di Malaysia ni aku kunjungi sewaktu menghantar adik aku untuk menghadiri temuduga KPLI j-QAF. Bertolak dari rumah sekitar pukul 3 petang dan sampai ke situ dalam pukul 8. Pertama kali aku menjejakkan kali di bandar Kuala Lipis tempat kelahiran penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza. Setelah menghantar adik di IPG kami menginap di bandar Kuala Lipis. Tiada yang menarik perjalanan kali ini cuma pengalaman aku melalui antara kawasan-kawasan perdalaman di negeri Pahang. Tembeling, Mela, Kerambit antara kawasan yang aku lalui. Perjalanan menaiki Myvi ku begitu berliku. apa yang aku kagumi keadaan jalannya yang cantik tidak seperti jalan di Bera Selatan. Selain dr itu aku juga kagum dengan IPG Kuala Lipis. Sungguh besar dan indah dilingkari bukit bukau. Aku kira perjalanan yang berliku untuk sampai ke situ berbaloi dengan pengalaman yang aku lalui.


Rasanya setakat ni ler sahaja. Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang aku kunjungi sepanjang tahun 2010. Aku mengharapkan tahun 2011 aku akan melalui semua pengalaman itu bersama isteri dan anak.

0 comments:

Post a Comment