Saturday, February 12, 2011

Takdir Yang Menguji Kesabaran

Tanggal 13 Jan 2011 jam 12.00 tghari aku menerima panggilan telefon dari akak. "Ayah Mak excident kat highway jalan Maran", bagaikan terhenti sejenak degup jantungku tatkala terdengar berita dari panggilan telefon kakakku. Sedangkan aku baru sahaja bergelak tawa dengan kawanku di makmal. Bila ditanya bagaimana keadaan mereka.... "Entahlah...."... jawapan yang menambahkan lagi kegusaran dan kerisauan hati. Lantar terus ku kemas segala baranganku sedangkan kelas aku bakal bermula 10 minit shaja lagi.  Pertanyaan Farid pembantu makmal ku ku jawab dengan nada yang gusar. Tak tau la samada dia dengar atau tidak. Sebelum pulang aku meminta keizinan Pn Hjh Maizun. Tergambar pada wajahnya perasaan kasihan dan terkejut namun x ku hiraukan semua itu. Apa yang bermain di benakku adalah mak dan ayahku. Aku perlu segera mendapatkan mereka bagi mengetahui keadaan mereka yang pada waktu itu berada di Hosptal Maran.


Sepanjang perjalanan berbagai telahan negatif yang muncul di benakku. Teringat kemabali peristiwa 2 tahun lalu di mana aku menerima panggilan dari sahabatku Aziz mengatakan Nasa eksiden dan tidak diketahui bagaimana keadaan mereka. Itulah yang paling aku geruni. Aku belum bersedia menghadapi semua itu. Masih belum puas aku membalas jasa mereka terhadapku selama ini. Sepanjang perjalanan juga aku seberapa kerap menelefon kakakku menanyakan keadaan mereka namu jawapannya masih sama. Setiabnya aku di Gambang aku cuba menelefon no mak. Cek Teh (ibu saudaraku) yang menjawab panggilan telefon. Dari percakapan dia semuanya selamat. Cuma mengalami kecederaan ringan. Alhamdullillah..... mahu sahaja aku memberhentikan kenderaanku untuk bersujud syukur dengan rahmat dariNya......

Sesampai sahaja aku di hospital maran terus ku mendapatkan mak. Mak menangis sambil memelukku. Tak tertahan lagi air mataku tatkala itu. Sungguh tenang fikiranku dalam dakapan Mak. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk memeluk tubuh yang masih bernyawa. Ayah serta dua orang adikku telah dihantar ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Alhamdullillah.... semuanya selamat. Tidak henti hatiku mengucapkan syukur.

Sebelum ke hospital Temerloh aku singgah di balai posli Maran untuk melihat keadaan kereta Viva ayahku. Mengucap panjang setelah melihat keadaan kereta yang dirempuh dari belakang oleh Toyota Alpard.

 Kalau dilihat dari keadaan kenderaan berkenaan sudah tentu kaadaan penumpang belakang lebih parah dari di hadapan. Memang benar telahanku. Keadaan adikku lebih parah dari ayah. Adik bongsuku telah patah jari manakala adik kedua bongsu cedera di kepala. Najhah berada di wad kecemasan zon merah agak lama kerana tekanan darahnya rendah. Doktor menjangkakan dia mungkin mengalami pendarahan dalaman. Namun Alhamdulillah perkara itu tidak terjadi. Aku berada di bilik kecemasan disamping ayah sehingga dia dibawa ke wad. Ayah dan kedua orang adikku dihantar ke wad sekitar jam 7 malam.

Segala yang berlaku semuanya takdir dari Ilahi yang menuntut kesabaran setiap ahli keluarga terutamanya kami adik beradik. Berkat kesabaran kami mampu melaluinya. Alhamdulillah semua adik-adikku semakin sembuh. Cuma ayahku masih terlantar kesan kemalangan yang menimpa. Mungkin faktor usia. Sehingga kini ayahku masih belum boleh berjalan dengan baik. Sudah beberapa kali Xray dilakukan. Akhirnya doktor mengetahui punca kenapa ayahku sukar untuk berjalan. Keadaan tulang belakang sudah reput akibat usia. Dari apa yang diberitahu oleh kakakku, ayah memerlukan rawatan fisioterapi untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa. Aku sangat terhutang budi malahan nyawa kepada kakakku kerana apabila musibah menimpa ahli keluargaku dialah yang pertama membantu dan paling banyak menymbang jasa.Hanya Allah sahaja mampu membalas setiap jasanya.

Aku berharap ayahku akan segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Dan setiap yang berlaku menuntut pengorbanan kami adik beradik. Ya Allah..... kupohon kepadaMu agar semuanya kembali pulih seperti sebelumnya. Amin

0 comments:

Post a Comment