Saturday, April 3, 2010

Berpanas Berhujan... Demi Sekolah

"Batal" kata pengadil lompat jauh, aku kira cikgu dari SMK Tg Gemuk kot.... "Tak batal, depan mata aku tengok x batal" kata ketua jurulatih pasukan olahraga sekolah aku dengan penuh yakin.... yang lain yang berada di situ berbelah bahagi samada batal atau tidak.... tapi keyakinan pihak pengurus dan jurulatih olahraga termasuk GPK Kokurikulum tidak mampu menghalang keputusan pengadil yang telah membatalkan lompatan terakhir atlet sekolahku yang aku lebih tepat lagi kami kira paling jauh dan mampu menggenggam emas ke-3 pasukan olahraga sekolah aku.... lantas dibenakku mengimbas kembali kata-kata ustazah aku semasa di sekolah menengah dulu... "di dunia ni tiada pengadil atau hakim yang adil... yang adil dan saksama itu hanya Allah SWT sahaja"..... setelah begitu banyak aku membawa pelajar untuk pertandingan dan kejohanan, memang ternyata kata-kata itu memang benar.

Kami hanya mampu berpuas hati dengan 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa yang diperolehi sepanjang 2 hari kejohanan olahraga MSSD Rompin yang berlangsung di Stadium Mini, Muadzam Shah..... walaupun ia jauh dari target dan TOV sekolah namun kami tetap berbangga dengan prestasi pasukan yang kami bawa seramai 10 orang... dengan disiplin dan kecekalan yang ada pada atlet olahraga kami maka inilah hasilnya...Tahniah buat pengurus pasukan Cik Jamliawati dan en amir serta jurulatih en azihan serta cik nurul hafiza serta atlit olahraga azmi, ibrahim, amin, ikmal, pian, amirul, amirah, hasanah, fazilah dan nabila. Kami semua bangga dengan kamu walaupun tidak mencapai matlamat sebenar.

Berbalik kepada kejohanan yang berlangsung selama dua hari ni, aku kira inilah kejohanan paling suram sepanjang aku mengajar di Perantau Damai. Jumlah pegawai kejohanan sangat kurang, mutu pengadilan yang sgt lemah (berdasarkan pandangan peribadi) dan perjalanan kejohanan agak kelam kabut... sekolah hanya diberi masa 2 hari untuk melatih pelajar kerana pada awal2 persekolahan tahun ni dikhabarkan semua kejohanan peringkat daerah tidak akan diadakan. jadi mutu dan pencapaian atlet sangat kurang menggalakkan.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 aku melatih pelajar olahraga. masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, masih banyak ilmu yang perlu aku timba dan masih banyak ruang yang memerlukan pengobanan. Namun sejauh mana sukan diperingkat sekolah, daerah dan negeri boleh pergi?? persaoalan ini merupakan perkara pokok yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Mutu sukan di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain. Rekod dunia bagi 100 meter di pegang oleh Usain Bolt dari Jamaica yang mencatat 9.58 saat pada sukan olimpik yang lalu di Beijing. Rekod 100 meter bagi Malaysia pula dipengang oleh Watson Nyambek dari negeri Sarawak yang mencatat 10.30 pada tahun 1998. (mungkin fakta ini salah atau ketinggalan zaman) 9.58 saat dan 10.30 saat adalah 2 catatan yang sgt jauh berbeza bagi acara 100 meter. Dari situ kita semua boleh fikirkan sejauh mana kedudukan kita. Mutu sukan negara masih jauh ketinggalan berbanding negara lain. Mungkin 50 tahun lagi baru kita boleh mendabik dada untuk ini.... itu MUNGKIN sahaja.... mungkin juga kita akan berada di takuk lama jika tidak ada tindakan dibuat. fikir fikirkan lah.

namun sepanjang 2 hari berpanas di stadium telah membakar sedikit kulit muka kami. namun ini pengorbanan kami untuk sekolah yang kami cintai. mungkin apa yang keluar dari mulut sangat jauh berbeza apa yang terpendam dihati. wassalam

0 comments:

Post a Comment