Sunday, April 4, 2010

Pasar Oh Pasar.....

Hujung minggu ibarat pesta jual menjual di sini dan di mana mana di seluruh ceruk rantau bumi Malaysia. Mazam biasa hari Ahad Mr Azim akan turun untuk mengajakku ke Pasar Bdr Tun Razak. Biasanya aku takkan menuruti dia kerana banyak kekangan namun hari akibat tuntutan dari perutku untuk diisi, aku mengikut dia ke sana. Aku kira sudah hampir 2 tahun aku tak ke pasar Bdr Tun Razak.

Sesampai di pasar, cuping telingaku terus menangkap satu panggilan. "Mari.. mari... mari.. kita lihat ular minum air", kelihatan ramai orang telah berkerumun di situ. Tak kira umur, pangkat dan kedudukan mereka beramai-ramai mengerumuni penjual ubat itu. "Azim... jom tengok kejap" ajakku dan azim menurutiku dari belakang. Sesampai ke tempat tu, aku lihat seekor ular sawa yang aku kira agak besar dan jarang-jarang aku tengok sedang diberi minum air oleh seorang pemuda sekitar 20-an umurnya. Sipenjual ubat terus mengulangi kata-kata menarik perhatian pengunjung di situ. Di sekitar ular sawa tu, terdapt beberapa lagi kotak kayu yang mungkin berisi ular yang lain janisnya. Sungguh mudah sipenjual ubat menarik minat para pengunjung dengan kepetahannya berkata-kata. Lantas benakku terus teringat kepada pengalaman yang hampir sama di Pekan Sehari Temerloh cuma yang berbezanya penjual ubat sahaja. aku rasa tertipu kerana telah membeli minyak angin dari sipenjual ubat berkenaan. "Ubat ni bagus, sengal-sengal, gigitan serangga, lenguh lenguh badan, anak kencing malam..... bla,bla,bla"  wah! begitu banyak penyakit boleh diubati dengan ubat yang dijual sehinggakan penyakit angin ahmar pun boleh diubati dengan menyapu minyak angin yang dijual. Namun apabila sampai di rumah, bila ku sapu minyak angin berkenaan tidak terasa panas langsung... aku kira pasti ramai juga yang tertipu...

Namun dalam hal ini siapa yang bersalah? sipenjual ubat, pelanggan atau ular.... hahahahaa.... Apabila dihalusi semula, semua ini akibat kedangkalan pemikiran orang melayu itu sendiri. Jika ubat-ubat sebegini dijual di pasar-pasar malam maka boleh dikatakan penyakit-penyakit kronik boleh diubat dengan mudah. Jadi kenapa pesakit-pesakit kronik berbelanja berpuluh-puluh malah beratus-ratus ribu untuk mengubati penyakit dan kenapa masih ramai yang mati akibat penyakit yang tak dapat diubati? tepuk dada tanya iman. Jadi sebagai pengguna berhati-hati dan gunakan akal fikiran sebelum membeli sesuatu produk di pasar malam. Wassalam

0 comments:

Post a Comment