Monday, April 26, 2010

Unit C.......

"Rumah ni dah nak dihapuskira... kita kena cari rumah lain hujung bulan ni", teringat kembali kata-kata housemate aku azrul kira-kira 5 tahun yang lalu. Tersentak dengar kata-kata tu lantas benakku terus berfikir kemanalah aku nak tinggal. Ketika tu kami menyewa di rumah pegawai Felda Kertong 8. Memang rumah tu agak uzur namu cukup untuk aku dan azrul berteduh dan berehat setelah penat bekerja di sekolah.

selama seminggu kami mencari-cari tempat untuk tinggal sehinggakan timbul cadangan untuk duduk di makmal MPV. Mujurlah aku ada azrul ketika tu. kalau x mati kutu aku nak cari rumah. Setelah puas mencari dan berusaha kami dapat tempat tinggal yang baru iaitu di Unit C, Rumah Guru SMKPD. Kuarters lama sebelum wujudnya KIP (Kuarters Institusi Pendidikan) yang di bina ketika Dato' Najib menjadi Menteri Pendidikan. Kuarters yang mempunyai 12 pintu ni dihuni oleh kebanyakan guru-guru lama. Cikgu Arshad, Ust Mat Yazik dan Cikgu Rizal... ada lagi yang lain. Unit C ni terletek bersebelahan dengan rumah cikgu Arshad dan ketika tu nurse dari klinik kesihatan perantau damai menyewa di sebelah rumah berkembar dengan Hadziri (pembantu makmal sekolah).

Unit ini menyimpan banyak kisah dan cerita. Dari kehidupan aku sebagai seorang bujang sehingga berumahtangga dan berstatus ayah. Seingat aku ketika awal tahun 2007 aku berpindah ke sini. dan pada petengahan tahun 2007 aku mendirikan rumahtangga dan setahun berikutnya aku membawa anak aku alif yang masih merah ke sini. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang sangat baik dan penuh berbudi. Tidak akan aku jumpa lagi kawan sebaik housemate aku ketika itu. Aku tau tatkala aku bawa anak aku yang masih merah akan mengubah corak hidup aku dan akan sedikit membebankan kawanku tapi aku tak mampu melawan takdir dan mengingkari prinsip hidup yang aku pegang. Jadi semua rasa itu aku tolak ketepi dan terima setiap takdir yang telah tertulis untukku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Azrul turut menjaga alif ketika aku sembahyang, mandi dan sebagainya.Sebab tu anak aku agar rapat dengan pak cik Azrul dia. aku rasa leboh rapat berbanding dengan mak dia sendiri.

Ketika itu arwah isteri Abg Napi aku upah untuk mengasuh anakku ketika aku ke sekolah di pagi hari. Begitu sukar untuk aku membiasakan diri dengan kehidupan baru aku ketika itu. Namun berkat kesabaran dan ketabahan hati semua sudah menjadi biasa bagiku. Hampir setahun arwah Kak Ani menjadi pengasuh alif. Pada pertengahan tahun 2008 beliau telah pergi selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi. Setelah arwah pergi, Abg Napi membantu aku untuk mecari pengasuh baru untuk anakku. Mujur ada dia ketika itu sebab aku bukanlah kenal sangat orang-orang di sini waktu itu. Dia memperkenalkan aku dengan Angah Munik peneroka keratong 10. Bagi aku baik bagi Abg Napi baiklah bagi aku. Mereka mengasuh Alif sehingga kini. Alhamdulillah setakat ini tiada satupun perkara yang tidak aku ingini berlaku kepada anakku. Aku sangat berpuashati dengan apa yang telah Allah berikan.

Kini 2010.... sudah hampir 5 tahun aku menghuni Unit C ini. Alif pun sudah hampir mencecah 2 tahun. Bilangan housemate aku juga telah bertambah. Syafik dan syukur... semuanya insan-insan terbaik yang aku kenali. Mungkin Allah menguji aku namun dalam masa yang sama Dia mendatangkan kepada aku insan-insan yang penuh kasih sayang. Alif sungguh selesa dan gembira hidup bersama-sama pak cik pakcik yang pengasih. Dan aku sungguh berterima kasih kepada mereka. Mungkin tidak mampu aku balas segala jasa dan pengorbanan yang mereka berikan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Bagiku aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan kebahagiaan hidup mereka tidak kira semalam,hari ini mahupun esok.

1 comments:

mantan said...

Jafni,
Semoga kehidupan akan sentiasa bertambah baik.....

Post a Comment